Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 100 pengamal media, kakitangan Petronas sertai boling persahabat­an

-

MIRI: Lebih 100 pengamal media dan kakitangan Petronas menyertai pertanding­an boling persahabat­an antara Petronas dan Persatuan Wartawan Utara Sarawak (NSJA) semalam.

Pertanding­an diadakan di Megalanes East Bowling Centre Bintang Megamall Miri dirasmikan oleh Pengurus Pentadbira­n Keselamata­n dan Proses, Telajan Luyoh.

Beliau mewakili Pengurus Kanan Sarawak Oil Petronas Carigali, Anuar Ismail melakukan majlis ringkas ‘kick off’’ sebagai bermula perlawanan persahabat­an boling itu.

Terdahulu dalam ucapannya, Telajan berkata aktiviti tahunan tersebut bertujuan merapatkan dan menghargai hubungan baik antara Petronas dan media.

Katanya, Petronas banyak menjalinka­n kerjasama dengan pelbagai pihak sama ada dalam dan di luar pantai.

“Kita berharap media dapat memahami peranan dan tanggungja­wab Petronas serta membantu menyebarka­n maklumat kepada orang awam.

“Ia termasuk mengenai perkembang­an dan aktiviti syarikat tersebut termasuk aktiviti tanggungja­wab sosial korporat (CSR),” katanya.

Mengulas lanjut, pertanding­an itu sebenarnya menjadi penanda aras hubungan baik Petronas dengan pengamal media sama ada media cetak dan eletronik.

“Melalui pertanding­an tahunan itu, ia bukan merapatkan hubungan kedua-dua pihak tetapi paling penting mengeratka­n hubungan kakitangan Petronas dengan pengamal media,” jelasnya.

 ??  ?? BERMULA: Telajan (tiga kiri) melakukan balingan pertama simbolik bermula pertanding­an boling persahabat­an antara Petronas dan NSJA semalam.
BERMULA: Telajan (tiga kiri) melakukan balingan pertama simbolik bermula pertanding­an boling persahabat­an antara Petronas dan NSJA semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia