Utusan Borneo (Sarawak)

Misbun yakin tiada masalah kolaborasi dengan Choong Hann

-

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih perseorang­an negara, Datuk Misbun Sidek yakin bekas anak didiknya Wong Choong Hann dapat menjalanka­n tugas sebagai Pengarah Kejurulati­han badminton dengan profesiona­l.

Misbun yang pernah melatih Choong Hann pada tahun 2002 berkata kini situasi berbeza ker- ana beliau perlu berkerjasa­ma dengan bekas pemain itu dalam memastikan modul latihan yang dijalankan dapat memberikan impak yang berkesan kepada prestasi pemain.

“Saya mengenali keperibadi­an Choong Hann kerana pernah melatihnya pada 2002. Saya tahu karisma, pendirian dan disiplin dia… saya harap beliau dapat berinterak­si dengan secara profesiona­l dan jangan rasa ada jurang kerana saya pernah melatihnya.

“Memang buat masa sekarang saya ada satu bos (Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria) sahaja, tidak semestinya saya tidak boleh berkerjasa­ma dengan pihak yang lain, itu perjanjian dari awal. Perkara penting adalah perlu ada input-input yang bernas dan berkesan untuk para pemain.

“Saya positif dengan pelantikan Choong Hann, pada saya pelantikan itu adalah keputusan daripada pucuk kepimpinan BAM. Saya tiada masalah (mengenai pelantikan itu) yang penting kerjasama untuk membentuk skuad negara ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara di sini.

Misbun berkata kolaborasi dengan Choong Hann terutama dalam aspek teknikal dapat membantu modul latihan yang diberikan kepada pemain men- jadi lebih berkesan dan setanding dengan negara-negara yang sedang meningkat dalam sukan badminton.

Choong Hann dilantik sebagai Pengarah Kejurulati­han berkuat kuasa 1 Jan 2019 bagi persiapan skuad negara menghadapi Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun.

Antara kejayaan Choong Hann semasa bergelar pemain adalah pingat perak Kejohanan Dunia 2003 di Birmingham, England; dua kali membantu skuad negara layak ke final Piala Thomas (1998 dan 2002) serta menjadi pemain nombor satu dunia pada Ogos 2002 dalam ranking Persekutua­n Badminton Dunia (BWF). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia