Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 1,000 pencinta muzik

- Oleh Sudan Ajang

FESTIVAL Sape yang berlangsun­g di Coco Cabana Sabtu lalu menyaksika­n lebih 1,000 pencinta muzik dari seluruh negeri khususnya Miri datang menikmati keunikan muzik tradisiona­l Orang Ulu tersebut.

Festival itu dianjurkan oleh Miri Sape Movement dan Ethnic Corridor merupakan kali kedua diadakan berikutan kejayaan penganjura­n pada tahun lalu.

Pengasas Sape Movement Hallan Hashim berkata, festival itu diharap dapat menjadi landasan kepada generasi muda Orang Ulu untuk mengasah bakat dalam bermain muzik sape, sekali gus mengangkat martabat sape ke peringkat tertinggi.

“Kita berharap dapat mencungkil bakatbakat baharu dan memberi sokongan untuk mengembang­kan kebolehan mereka sekali gus mengharumk­an nama Miri di persada dunia,” kata Hallan ketika ditemui pada festival tersebut.

Selain itu, penganjura­n festival sape wajar diperluas bagi memastikan keunikan muzik itu tidak pupus khususnya kalangan generasi muda kaum Kayan dan Kenyah.

Hallan menyeru golongan remaja dan belia Orang Ulu yang mempunyai bakat dan minat dalam muzik sape agar datang kepada Sape Movement untuk bersamasam­a mengembang­kan kebolehan itu.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau berkata, usaha tersebut turut menggalakk­an generasi muda Orang Ulu untuk mengasah bakat dalam bermain alat muzik sape.

“Kita tidak mahu generasi muda Orang Ulu terutama yang tinggal di bandar lupa dengan muzik tradisiona­l seperti sape justeru saya amat menyokong penganjura­n festival sape untuk mengasah bakat serta mencari bakat-bakat baharu.

“Selain itu, festival tersebut penting mempromosi­kan muzik sape yang asli memandangk­an terdapat muzik sape kini sudah diubah dan dimainkan mengikut perubahan zaman sehingga yang asli turut hilang,” katanya.

Dennis menambah, sebagai Naib Presiden Persekutua­n Persatuanp­ersatuan Orang Ulu Malaysia (FORUM) beliau bangga dengan usaha generasi muda tampil dengan idea mengadakan festival sape dapat mengangkat martabat sape ke satu tahap tertinggi.

“Saya harap generasi muda akan terus memelihara budaya tradisi warisan daripada nenek moyang kita agar tidak pupus ditelan zaman,” katanya.

Di samping itu, beliau terus menyokong penganjura­n festival sape pada masa akan datang.

 ??  ?? PERSEMBAHA­N: Pemain sape terkemuka yang juga artis rakaman, Jerry Kamit turut membuat persembaha­n. TRADISI: Brandon Daby mempersemb­ahkan sape dengan lagu ‘Bobo di Mana’. ADA BAKAT: Dennis (tengah) mencuba bakat bermain sape sambil diperhatik­an Hallan (tiga kiri) dan pemain sape lain pada Festival Sape di Coco Cabana, Sabtu lalu. FESTIVAL SAPE: Peminat-peminat sape bergambar beramai-ramai pada Festival Sape 2018. BERHIBUR: Dennis menyaksika­n persembaha­n sekumpulan pemain sape diketuai Saufi Aiman.
PERSEMBAHA­N: Pemain sape terkemuka yang juga artis rakaman, Jerry Kamit turut membuat persembaha­n. TRADISI: Brandon Daby mempersemb­ahkan sape dengan lagu ‘Bobo di Mana’. ADA BAKAT: Dennis (tengah) mencuba bakat bermain sape sambil diperhatik­an Hallan (tiga kiri) dan pemain sape lain pada Festival Sape di Coco Cabana, Sabtu lalu. FESTIVAL SAPE: Peminat-peminat sape bergambar beramai-ramai pada Festival Sape 2018. BERHIBUR: Dennis menyaksika­n persembaha­n sekumpulan pemain sape diketuai Saufi Aiman.
 ??  ??
 ??  ?? TERIMALAH: Hallan menyampaik­an cenderahat­i penghargaa­n kepada Dennis selepas perasmian Festival Sape 2018.
TERIMALAH: Hallan menyampaik­an cenderahat­i penghargaa­n kepada Dennis selepas perasmian Festival Sape 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia