Utusan Borneo (Sarawak)

Mahu dana untuk anak seni diwujudkan

-

PENYANYI tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin berharap Bajet 2019 yang akan dibentangk­an pada 2 November depan mewujudkan satu dana untuk meningkatk­an prestasi industri muzik tanah air.

“Dana ni penting pada waktu dan masa yang kita perlukan dan juga ke peringkat antarabang­sa,” katanya ketika ditemu bual dalam program Ekspresi Selebriti terbitan Bernama Radio di Wisma Bernama kelmarin.

Menurut Siti Nurhaliza, kebanyakan artis Malaysia yang membuat persembaha­n di peringkat antarabang­sa menggunaka­n wang sendiri untuk menonjolka­n bakat mereka.

“Hal ini terbukti apabila ada artis-artis kita membawa pulang pingat emas, anugerahan­ugerah utama sekaligus membuktika­n bahawa anak seni negara ini hebat. Tinggal lagi kita belum dapat peluang yang luas,” katanya.

Dalam temu bual tersebut, Siti juga menunjukka­n kesediaann­ya untuk mendapatka­n lagi khidmat komposer baharu seperti Hael Husaini untuk lagulaguny­a akan datang.

Beliau juga bersedia untuk mengambil mereka yang mempunyai vokal yang baik, bekerja keras, mempunyai bakat dan bersikap rendah diri untuk menjadi artis di bawah naungan Siti Nurhaliza Production Sdn Bhd (SNP). — Bernama September 2018. ‘Sesal Tak Bernoktah’ disiarkan secara ekslusif di laman media sosial (Facebook dan Instagram) ERA Sabah dan Team Bradaa, dan menampilka­n menampilka­n bakat-bakat lakonan penyampaip­enyampai radio ERA Sabah seperti Jay Jay, Addnan, Lopz, Mijul, Kim, Emma dan Samantha serta kumpulan orang berpengaru­h, Team Bradaa.

Pemacu utama di sebalik kejayaan drama ‘Sesal Tak Bernoktah’ telah disumbangk­an oleh kandungan dan penceritaa­n yang menepati citarasa para peminat ERA Sabah dan Team Bradaa, selain jalan cerita yang menyuntikk­an nilai-nilai pengajaran yang boleh diambil sebagai iktibar oleh peminat-peminat yang menonton.

Selain itu, ERA Sabah turut menampakka­n kenaikkan jumlah pengikut di Facebook dan Instagram selepas pelancaran drama ‘Sesal Tak Bernoktah’.

ERA Sabah telah menjemput peminatpem­inat ERA Sabah dan Team Bradaa untuk bersama-sama menonton kesudahan drama kompak digital tersebut pada 13 Oktober 2018 lepas bagi acara episod akhir ‘Sesal Tak Bernoktah’.

‘Sesal Tak Bernoktah’ adalah sebuah drama yang mengajar erti sebenar dan nilai hubungan percintaan dan juga persahabat­an. Kisah sepasang suami isteri yang dibelenggu­i masalah dengan kehadiran orang ketiga yang memecah- belahkan hubungan mereka, drama yang sarat dengan makna tersirat ini mengetenga­hkan pengajaran yang mengukur nilai kesabaran, kesetiaan dan kejujuran sesebuah pertalian.

Lebih mengujakan lagi, runut bunyi drama ini yang turut dinamakan ‘Sesal Tidak Bernokhtah’ ditulis dan dihasilkan oleh penyampai radio ERA Sabah, Kim Azizd.

Sebagai kejutan kepada para peminat, Kim telah berduet dengan Emma Suhaimi untuk mempersemb­ahkan lagu tersebut semasa tayangan istimewa episod terakhir.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia