Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 80 tercedera dalam keganasan bola sepak Algeria

-

ALGIERS: Lebih 80 orang, termasuk 30 anggota polis, tercedera selepas peminat menceroboh ke dalam padang semasa perlawanan divisyen pertama Algeria pada hujung minggu lepas, menurut sumber rasmi kelmarin.

Pertempura­n meletus semasa perlawanan utama Sabtu lepas antara CA Bordj Bou Arreridj dan MC Alger (MCA) kira-kira 200 kilometer tenggara Algiers.

Seorang doktor melaporkan sehingga 50 orang “dimasukkan ke hospital”, namun tiada yang mengalami kecederaan serius. Tiga kes paling serius melibatkan patah tulang.

Tidak ada anggota polis yang mengalami kecederaan serius, seorang sumber memberitah­u AFP, yang turut menafikan laporan bahawa seorang pemain MCA telah ditikam.

“Tidak ada pemain di kalangan mangsa yang tercedera, kata doktor.

Gambar dalam media sosial menunjukka­n penyokong menceroboh masuk ke dalam padang ketika tiupan wisel terakhir dan menghalang pemain MCA, sebahagian daripada mereka telah memanjat penghadang tepi padang dan berlindung di antara peminat kelab mereka di kawasan tempat duduk.

Imej turut menunjukka­n salah seorang pemain MCA dirawat akibat luka di bahagian perutnya.

“Pemain ini tercedera semasa memanjat penghadang besi,” kata jurucakap polis.

Bola sepak Algeria telah dibelenggu keganasan hampir setiap hari selama beberapa tahun.

Pada 2014 Albert Ebosse, penyerang Cameroon dengan pasukan JS Kabylie di Algeria, mati di atas padang akibat terkena bahan berbahaya yang dilontar dari tempat duduk penonton.

Pada Disember lepas, pergaduhan antara peminat yang bermusuhan di sebuah perlawanan amatur di timur Algeria menyebabka­n seorang terbunuh.

Pada pertengaha­n April, lebih 100 orang tercedera dalam pertempura­n semasa separuh akhir Piala Algeria, mendesak pihak kementeria­n dalam negeri untuk menubuhkan sebuah jawatankua­sa siasatan, bertujuan untuk “menamatkan” keganasan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia