Utusan Borneo (Sarawak)

Pemandu kereta api Taiwan dibenarkan ikat jamin

-

WASHINGTON: Pakatan yang diketuai Amerika Syarikat (AS) menentang militan Negara Islam (IS) di timur Syria kelmarin berkata ia mengebom sebuah masjid dipercayai adalah pusat arahan tentera untuk pejuang jihad – serangan kedua sebegini dalam masa seminggu.

Pakatan berkata kelmarin ia “memusnahka­n beberapa bangunan” yang digunakan oleh pejuang IS bagi “melancarka­n serangan terhadap rakan Pasukan Demokratik Syria (SDF)” di perkampung­an Sousa.

Salah sebuah bangunan adalah “masjid yang digunakan sebagai kedudukan per- tempuran defensif dan pusat pentadbira­n,” menurutnya dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa beberapa pejuang IS terbunuh ketika mereka melepaskan tembakan ke arah pasukan tentera pakatan.

Ia adalah masjid yang kedua disasarkan oleh pakatan dalam tempoh empat hari kerana ia merupakan sebuah stesen pertempura­n IS: satu serangan lagi pada Khamis lepas.

Pasukan SDF yang disokong oleh AS menentang pejuang jihad di wilayah itu. SDF telah mengusir IS dari beberapa kawasan di utara dan timur Syria.

Pada Ahad lepas, jurucakap pakatan Kolonel Sean Ryan berkata satu serangan yang sama telah dilakukan di Sousa pada Khamis lepas ke atas sebuah masjid yang digunakan sebagai “pusat kawalan dan arahan”.

Ryan berkata “12 pengganas Daesh” terkorban dalam serangan tersebut – menggunaka­n nama singkatan dalam bahasa Arab merujuk kepada IS.

Bangunan keagamaan biasanya dilindungi di bawah Konvensyen Geneva, kecuali jika ia “digunakan bagi tujuan ketenteraa­n,” kata jurucakap Pentagon Kolonel Rob Manning kelmarin. — AFP YILAN: Pemandu kereta api yang tergelinci­r dari landasan di Taiwan mengorbank­an 18 orang serta mencederak­an 187 lagi, telah dibenarkan untuk ikat jamin semalam selepas ditahan berhubung dengan kemalangan kereta api terburuk di pulau ini sejak beberapa dekad.

Pemandu, You Zhenzhong, 48, dibenarkan ikat jamin T$500,000 ($16,167) selepas dia ditahan untuk siasatan, kata Pentadbira­n Kereta Api Taiwan.

You dirawat di hospital selepas kemalangan pada Ahad lepas di daerah Yilan, di wilayah timur laut pergununga­n di pulau berkenaan.

Satu siasatan awal mendapati pemanduan melebihi had laju mungkin menjadi punca kemalangan, menurut Agensi Berita Pusat.

Kereta api itu tergelicir dari landasan di satu selekoh ketika bergerak dengan kelajuan hampir 87 batu sejam, melebihi had kelajuan 46 batu sejam, lapor agensi berita, memetik ketua pasukan siasatan, Wu Ze-cheng.

Lebih banyak siasatan diperlukan bagi menentukan punca kemalangan, jelasnya.

Perakam data kereta api, yang mengesan kelajuan, selain beberapa perkara lain, telah dihantar kepada pendakwa raya untuk diperiksa.

Kemalangan itu merupakan nahas kereta api paling teruk di Taiwan sejak kejadian pertembung­an pada 1981 yang mengorbank­an 30 orang.

Ketua pentadbira­n perkhidmat­an kereta api negara, Lu Jie-shen, telah menawarkan untuk meletakkan jawatan namun tidak diterima oleh menteri pengangkut­an, kata Pentadbira­n Kereta Api Taiwan. — Reuters

 ?? — Gambar AFP ?? REMUK: Gerabak kereta api Puyuma Express yang rosak diangkat dengan kren di Yilan, timur Taiwan kelmarin.
— Gambar AFP REMUK: Gerabak kereta api Puyuma Express yang rosak diangkat dengan kren di Yilan, timur Taiwan kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia