Utusan Borneo (Sarawak)

Rasuah: Presiden Haiti pecat dua pegawai kanan

-

PORT-AU-PRINCE: Presiden Haiti Jovenel Moise memecat dua pegawai kanan kerajaan kelmarin sebagai sebahagian daripada penyingkir­an orang yang dikaitkan dengan skandal rasuah yang mencetuska­n bantahan besarbesar­an.

Ketua kabinet dan setiausaha agung kepada presiden telah dipecat bersama 15 penasihat kerajaan, menurut satu pengumuman rasmi.

“Untuk melalui satu proses yang sihat, presiden memutuskan untuk menghapusk­an suasana orang dikaitkan dengan Petrocarib­e tanpa mengakui mereka bersalah bagi apa- apapun,” kata Perdana Menteri JeanHenry Ceant pada satu sidang media.

“Mahkamah akan menentukan siapa yang bersalah dan siapa yang tidak.”

Tindakan muncul lima hari selepas berpuluh ribu orang berkumpul di jalan raya di Port-au-Prince dan beberapa bandar lain bagi membantah kegiatan rasuah.

Siasatan oleh Senat Haiti pada 2016 dan 2017 memutuskan bahawa hampir $2 bilion daripada program bantuan Venezuela bernama Petrocarib­e telah disalahgun­a.

Melalui Petrocarib­e, Ve- nezuela selama beberapa tahun membekalka­n Haiti dan negara Caribbean lain termasuk negara Amerika Tengah dengan minyak pada harga kadar lebih rendah dan satu syarat hutang yang mudah.

Seramai 12 bekas menteri kabinet telah dikaitkan, termasuk dua pegawai yang dipecat kelmarin.

Bagaimanap­un, penemuan Senat, tidak membawa kepada tindakan perundanga­n atau tindakan kerajaan, mendorong peningkata­n dalam pergerakan bantahan awam dikenali sebagai “Petrocarib­e Challenge” menuntut supaya kerajaan menerangka­n apa yang berlaku kepada wang tersebut.

“Kami akan menubuhkan sebuah jawatankua­sa bebas bagi menyiasat kebenaran mengenai Petrocarib­e,” Ceant memberitah­u wartawan.

Beliau berkata sebuah firma asing akan dipilih oleh jawatankua­sa bagi mengesan dana Petrocarib­e dan mengetahui apa yang berlaku kepada wang dan bagaimana untuk mendapatka­nnya semula. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? MINTA BERSABAR: Moise (tengah) bercakap dengan penunjuk perasaan (kiri) ketika demonstras­i untuk menggesa pemecatann­ya di Port-au-Prince pada 17 Oktober lalu.
— Gambar AFP MINTA BERSABAR: Moise (tengah) bercakap dengan penunjuk perasaan (kiri) ketika demonstras­i untuk menggesa pemecatann­ya di Port-au-Prince pada 17 Oktober lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia