Utusan Borneo (Sarawak)

Keganasan akibat Ebola ragut 14 nyawa di Congo

Militia sasar petugas kesihatan, wabak dijangka makin teruk

-

KINSHASA: Seorang lelaki bersenjata tidak dikenali menembak mati sekurangku­rangnya 14 orang, termasuk dua petugas kesihatan di timur Congo, di kawasan di mana militia menghalang usaha kerajaan untuk membendung wabak Ebola.

Penularan wabak yang terkini itu menyebabka­n 152 orang maut, kebanyakan­nya di wilayah Utara Kivu dan Ituri, yang menjadi pusat pemberonta­kan bersenjata dan pembunuhan etnik sejak dua perang saudara pada akhir 1990-an.

Jumlah kes meningkat de- ngan pantas sejak dua minggu lalu dan jawatankua­sa pakar kecemasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu mengatakan, wabak mungkin akan bertambah buruk.

Menteri Kesihatan Oly Ilunga berkata insiden tembakan itu amat menyedihka­n, petugas kesihatan tidak sepatutnya menjadi sasaran kumpulan bersenjata.

Bagaimanap­un, penyerang belum dapat dikenal pasti.

Ketegangan tercetus kerana penduduk tempatan tidak percaya dengan usaha mengekang penularan wabak oleh petugas kesihatan.

Petugas kesihatan juga berdepan gangguan oleh kumpulan pemberonta­k yang mengganggu kerja-kerja rawatan, proses pengebumia­n pesakit maut akibat Ebola dan program vaksinasi.

Kementeria­n kesihatan mengatakan di Butembo, sekumpulan 22 lelaki menggali kubur mangsa Ebola untuk memastikan organ mereka telah dikeluarka­n oleh pekerja kesihatan, dengan itu menyebabka­n mereka mudah dijangkiti.

Pada Ahad, kesemua lelaki itu diberikan suntikan vaksin.

 ?? — Gambar AFP ?? TIDAK DIALU-ALUKAN: Kumpulan migran Honduras duduk di atas trak ketika mengambil bahagian dalam karavan menuju ke AS, di pinggir Tapachula, dalam perjalanan mereka ke Hixtla, negeri Chiapas, Mexico kelmarin.
— Gambar AFP TIDAK DIALU-ALUKAN: Kumpulan migran Honduras duduk di atas trak ketika mengambil bahagian dalam karavan menuju ke AS, di pinggir Tapachula, dalam perjalanan mereka ke Hixtla, negeri Chiapas, Mexico kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia