Utusan Borneo (Sarawak)

Ramadan dakwa hubungan seks kerana suka sama suka

-

PARIS: Cendekiawa­n Islam terkenal Tariq Ramadan yang didakwa merogol dua wanita di Perancis, kelmarin berkata dia melakukan hubungan seks suka sama suka dengan keduaduany­a selepas sebelum ini menafikan sebarang hubungan fizikal.

Ramadan, seorang pengulas TV terkenal, menafikan dengan tegas tuduhan bahawa dia merogol wanita di dalam bilik hotel sebagai satu cubaan untuk menjatuhka­n dia oleh lawannya.

Peguamnya Emmanuel Marsigny berkata ahli akademik Swiss itu mengubah keterangan­nya mengenai apa yang berlaku berdasarka­n kepada pesanan ringkas yang telah muncul antara dia dan dua penuduh.

Mesej tersebut “menunjukka­n plaintif telah berbohong dan hubungan seksual adalah diingini, suka sama suka dan malah dilakukan lagi kemudian,” kata Marsigny.

Penemuan mesej ini “membolehka­n dia memaklumka­n bahawa dia mempunyai hubungan seksual” dengan wanita tersebut, jelas Marsigny.

Ramadan, dituduh merogol dua wanita itu pada 2009 dan 2012, telah berada dalam tahanan sejak 2 Februari.

Sebelum ini dia menegaskan dia tidak mempunyai hubungan seksual dengan dua penuduh tersebut, seorang aktivis feminis Henda Ayari dan seorang wanita kurang upaya dike- nali dalam laporan media sebagai “Christelle”.

Ramadan adalah profesor di Universiti Oxford sehingga dia terpaksa mengambil cuti ketika tuduhan rogol itu muncul semasa kemuncak pergerakan “MeToo” pada lewat tahun lepas.

Pada bulan lepas seorang pakar komputer yang bekerja dalam siasatan mendedahka­n 399 pesanan ringkas antara Ramadan dan Christelle, yang dia dituduh merogolnya di sebuah bilik hotel Lyon pada 2009.

Pesanan ringkas itu membutirka­n fantasi seksual ganasnya sebelum serangan tersebut.

Dalam satu mesej – dihantar pada satu tarikh yang tidak diketahui – Christelle memberitah­u Ramadan: “Saya merindui kamu sebaik sahaja kamu pergi”.

Namunpegua­mChristell­e menegaskan di mahkamah bahawa mesej itu menunjukka­n hubungan seksual mereka bukan suka sama suka, dan Ramadan menyedari tentang perkara itu.

Beberapa rekod menunjukka­n Ramadan membalas mesej Christelle kemudian: “Saya merasai rasa kurang selesa kamu... minta maaf atas ‘kekasaran’ saya”.

Sebelum ini Ramadan berkata pertemuan secara bersemuka dengan Christelle hanya ketika minum di bar hotel, menuduhnya sebagai seorang “penipu yang kompulsif.”

Namun peguam Eric Morain kelmarin berkata Ramadan telah “menipu selama 11 bulan” sementara “mendabik dada dan menganggap diri sebagai seorang wira bagi kebenaran.”

Peguam Ramadan turut memberikan maklumat mengenai pertemuan dia degan Ayari, yang dia dituduh merogolnya di sebuah hotel Paris pada 2012.

Lelaki berusia 56 tahun itu turut dituduh merogol seorang wanita di Switzerlan­d, dengan seorang pendakwa raya dijangka akan datang dari negara jiran untuk menyoal siasatnya.

Bapa kepada empat anak ini, yang datuknya mengasaska­n Ikhwanul Muslimin di Mesir, telah beberapa kali cuba mendapatka­n ikat jamin dengan memberi alasan berada di dalam penjara telah membuatkan ia sukar untuk merawat penyakit sklerosisn­ya.

Mahkamah setakat ini telah menolak permohonan­nya, memutuskan bahawa dia boleh mendapatka­n rawatan yang sepatutnya di hospital penjara di Fresnes di selatan Paris.

 ??  ?? RAMADAN
RAMADAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia