Utusan Borneo (Sarawak)

Trump tidak puas hati penjelasan Arab Saudi

-

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump tidak berpuas hati dengan penjelasan kerajaan Arab Saudi, berhubung kematian wartawan Jamal Khashoggi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Rumah Putih sebelum menghadiri majlis perhimpuna­n di Texas.

“Kita ada wakil di Arab Saudi dan pegawai perisikan di Turki. Kita lihat apa yang maklumat yang ada,” katanya.

Menurut agensi berita Xinhua, pengarah CIA, Gina Haspel berlepas ke Turki pada Isnin, di tengah-tengah dunia menjangkak­an Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan mengumumka­n negara itu akan membongkar punca sebenar di sebalik kematian wartawan tersebut.

Penulis ruang Washington Post itu dilaporkan hilang sejak kali terakhir dilihat di konsulat Arab Saudi, Istanbul pada 2 Oktober lalu.

Pihak berkuasa Arab Saudi berkata pada Sabtu, Khashoggi dilaporkan meninggal dunia dalam satu “pergaduhan” di konsulat.

Dalam satu wawancara dengan Fox News pada Ahad, Menteri Luar Arab Saudi Adel al-Jubeir menyifatka­n pembunuhan itu “operasi ganas,” yang memperliha­tkan kuasa mengatasi tanggungja­wab.

“Mereka membunuh Jamal Khashoggi di konsulat dan cuba menutup perbuatan itu,” katanya.

Selepas mendedahka­n hasil siasatan awal, Pihak Pendakwaan Awam Arab Saudi mengumumka­n 18 orang ditangkap berkaitan pembunuhan tersebut.

 ?? — Gambar Reuters ?? DI MANA KHASHOGGI?: Aktivis memegang sepanduk dan gambar Khashoggi ketika demonstras­i besar-besaran untuk menggesa sekatan ke atas Arab Saudi di luar Rumah Putih di Washington pada 19 Oktober lalu.
— Gambar Reuters DI MANA KHASHOGGI?: Aktivis memegang sepanduk dan gambar Khashoggi ketika demonstras­i besar-besaran untuk menggesa sekatan ke atas Arab Saudi di luar Rumah Putih di Washington pada 19 Oktober lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia