Utusan Borneo (Sarawak)

Polis Albania berkas 27 dalam operasi antidadah

-

TIRANA: Polis Albania kelmarin menahan 27 orang dalam satu operasi untuk menghapusk­an kumpulan pengedar heroin dan kokain antarabang­sa ke negara-negara Kesatuan Eropah (EU).

“Polis... masih mencari empat orang lagi, termasuk dua rakyat Turki,” jurucakap polis Gentian Mullai memberitah­u AFP.

Pejabat pendakwa raya bagi jenayah serius berkata anggota kumpulan jenayah yang disyaki “melakukan aktiviti mereka di negara-negara Eropah yang berlainan, telah dikaitkan dengan rapat dengan organisasi jenayah lain.”

Mereka turut disyaki terlibat dalam aktiviti jenayah dikaitkan dengan pengagihan wang secara haram di Albania, katanya.

Dalam operasi itu senjata serta “heroin dan kokain dalam jumlah agak banyak” telah dirampas, kata polis dalam satu kenyataan, tanpa memberikan maklumat lanjut.

Sementara itu, polis Albania kelmarin turut melaporkan penahanan 13 orang lagi, termasuk dua anggota polis dan dua bekas ahli parlimen dari parti pemerintah Sosialis, kerana disyaki terlibat dalam rasuah dan salah guna kuasa dalam satu siasatan berasingan.

Mereka termasuk Arben Cuko, bekas ketua jabatan penjara yang dipecat pada September kerana rasuah dan bekas timbalan Arben Ndoka, disyaki terlibat dalam memalsukan dokumen untuk penjualan tanah awam.

Menurut pejabat pendakwa raya, nama dua ahli parlimen itu telah disebut dalam perbualan telefon yang diintip oleh penyiasat selama beberapa bulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia