Utusan Borneo (Sarawak)

Pembatalan projek ECRL, HSR dan saluran paip gas kurangkan lebih RM300 bilion hutang kerajaan

-

SHAH ALAM: Pembatalan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Kereta Api Berkelajua­n Tinggi (HSR) Kuala Lumpur- Singapura dan saluran paip gas di Semenanjun­g Malaysia dan Sabah mengurangk­an beban hutang kerajaan lebih RM300 bilion, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, projek tersebut terlalu mahal untuk dibiayai oleh kerajaan dan perancanga­n pembanguna­n mereka tidak disertai dengan jangkaan pulangan yang dapat membayar hutang untuk melaksanak­an projek berkenaan.

“Dahulu, kalau kita hendak membuat satu perancanga­n, kita tentukan kita mempunyai duit yang cukup.

“Kalau tidak cukup, kita tentukan banyak mana kita boleh hutang (dan) setakat mana kita boleh bayar balik hasil pulangan daripada pelaburan. Itu cara yang terbaik,” katanya pada Program Bicara Minda Bersama Tun Dr Mahathir di sini kelmarin.

Katanya, prinsip itu tidak diamalkan oleh kerajaan sebelum ini yang hanya berhutang untuk membuat projek infra- struktur tanpa memikirkan keupayaan untuk membayar semula hutang tersebut.

Perdana Menteri berkata, kerajaan hanya membatalka­n projek yang tidak memberi masalah kepada rakyat.

“Misalnya ECRL, dia mula meminjam duit dengan syarat syarikat asing yang akan melaksanak­annya. Apabila syarikat asing melaksanak­an- nya, kita tak dapat apa pun.

“Pekerja asing dibawa, baranganda­nalat-alatsemuan­ya asing. Jadi, apa yang kita dapat, kita tak dapat apa-apa.

“Kalau kita batal ini, yang jadi mangsa pekerja mereka bukan pekerja kita. Jadi kita batalkanny­a, kita tak perlu membayar hutang yang banyak,” katanya.

Sementara itu, mengenai projek kereta nasional ketiga, Dr Mahathir berkata, projek itu untuk menarik perhatian masyarakat mengenai pentingnya penguasaan ilmu kejurutera­an dan pembuatan.

“Sebuah kereta mempunyai 4,000 komponen. Kalau kita nak buat kereta, kita perlu tahu mengenai reka bentuk, pengujian, komponen dan kualiti. Semua ini kita belajar.

“Apabila satu bangsa itu menguasai ilmu kejurutera­an, bangsa itu akan maju,” katanya.

Program bual bicara itu dianjurkan oleh akhbar Sinar Harian. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PUNCA HUTANG NEGARA: Dr Mahathir (kanan) berucap pada Program Bicara Minda anjuran Kumpulan Media Karangkraf di Dewan Karangkraf di Shah Alam, kelmarin. Turut hadir moderator Tan Sri Johan Jaafar.
— Gambar Bernama PUNCA HUTANG NEGARA: Dr Mahathir (kanan) berucap pada Program Bicara Minda anjuran Kumpulan Media Karangkraf di Dewan Karangkraf di Shah Alam, kelmarin. Turut hadir moderator Tan Sri Johan Jaafar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia