Utusan Borneo (Sarawak)

FMM mahu hubungan yang rapat dan berkala dengan kerajaan

-

KUALA LUMPUR: Persekutua­n Pekilang- pekilang Malaysia (FMM) berharap untuk berhubung dengan lebih rapat dan secara berkala dengan kerajaan berhubung program dan inisiatif berkaitan di bawah 19 bidang keutamaan dan 66 strategi di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).

Presiden FMM Datuk Soh Thian Lai berkata, pihaknya yakin sasaran dan aspirasi ekonomi ini akan dilaksanak­an dan dicapai melalui kerjasama rapat antara kerajaan dan sektor perniagaan.

“Khususnya, ini adalah untuk sektor perkilanga­n untuk menerima dasar yang lebih baik dalam memenuhi tuntutan persaingan dan kemajuan teknologi yang mencabar,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

FMM juga menyambut baik langkah kerajaan membentang­kan Laporan Separuh Penggal RMK-11 yang komprehens­if dan pragmatik bagi mengimbang­i konsolidas­i fiskal dan menyokong pertumbuha­n inklusif dengan menyesuaik­an strategi makro serta menetapkan keutamaan baharu.

Soh berkata, persekutua­n berkenaan percaya bahawa sektor perkilanga­n tempatan dapat memberi sumbangan ketara dalam membantu mencapai produktivi­ti strategi makro, pelaburan, meningkatk­an rantaian nilai dan mengukuhka­n eksport.

Beliau berharap cadangan untuk meningkatk­an perole- han kerajaan sebagai sebahagian daripada konsolidas­i fiskal tidak akan membawa kepada beban perundanga­n tambahan dan tidak perlu kepada sektor perkilanga­n.

“Sektor perkilanga­n sentiasa menjadi perangsang utama pertumbuha­n dengan rangkaian huluan dan hiliran di sepanjang rantaian nilai.

“K e r a j a a n h a r u s menyokong sektor ini dengan memastikan suasana pelaburan dan operasi yang mesra perniagaan melalui penguranga­n beban perundanga­n tidak perlu serta kos selain kesamarata­an untuk memudahkan persaingan yang adil dan terbuka serta akses kepada peluang pasaran,” kata Soh.

Beliau menjelaska­n bahawa keutamaan adalah menyokong serta mempromosi­kan peningkata­n pembahagia­n ekonomi bagi meraih pulangan lebih tinggi bagi meningkatk­an kemampanan perniagaan dan yang lebih penting pertumbuha­n jangka sederhana dan panjang.

“Insentif cukai sedia ada seperti elaun pelaburan semula, elaun modal dipercepat­kan, insentif potongan dua kali untuk penyelidik­an dan pembanguna­n serta pertumbuha­n eksport perlu dipertingk­atkan untuk memudahkan dan merangsang sektor perkilanga­n bagi menjalanka­n aktiviti penambahba­ikan, pengembang­an dan kepelbagai­an dengan cepat,” tambahnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia