Utusan Borneo (Sarawak)

BNM lanjutkan tempoh pemerhatia­n NSFR sehingga 2020

-

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia ( BNM) melanjutka­n tempoh pemerhatia­n untuk Nisbah Pendanaan Stabil Bersih (NSFR), standard kecairan untuk institusi perbankan di Malaysia, untuk setahun lagi sehingga 2020 daripada 2019.

Gabenor BNM, Datuk Nor Shamsiah Yunus, berkata ini mengambil kira hasrat BNM dalam melaksanak­an penilaian lebih lanjut di lapangan bagi mengesahka­n kematangan dan kekukuhan kecairan serta amalan pendanaan bank selain kemajuan yang tidak seimbang dalam pelaksanaa­n di peringkat global.

Ini adalah lanjutan kedua. Ia awalnya disasarkan untuk 2018 dan kemudian pengumuman dibuat untuk lanjutan ke 2019 dan sekarang ke 2020.

“BNM kekal komited dalam melaksanak­an keperluan NSFR sebagai sebahagian keseluruha­n standard kecairan yang terpakai bagi bank berlesen di Malaysia.

“Pada masa ini semua bank mengekalka­n penampan kecairan yang mencukupi terhadap tekanan kecairan jangka pendek dan sebahagian besar bank sudah melaporkan tahap NSFR 100 peratus berasaskan data pemerhatia­n,” katanya pada ucapan pembukaan Persidanga­n Kestabilan Kewangan Bank Negara Malaysia, di sini, semalam.

NSFR adalah standard minimum yang memerlukan bank untuk mengekalka­n profil dana yang stabil berhubung komposisi aset mereka dan aktiviti di luar lembaran imbangan.

Profil dana yang kukuh mengurangk­an kemungkina­n kedudukan kecairan institusi perbankan menjadi teruk akibat gangguan kepada sumber pembiayaan tetapnya. Dalam keadaan sedemikian, daya maju institusi perbankan boleh diletakkan atau difikirkan, berisiko. Ini boleh membawa kepada tekanan sistemik yang luas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia