INSKEN beri tumpuan tingkat daya saing usahawan

Utusan Borneo (Sarawak) - - Ekonomi -

KUALA LUMPUR: Institut Keusahawan­an Negara (INSKEN) akan memberi tumpuan dalam meningkatk­an daya saing golongan ini selain melahirkan usahawan baharu.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Muhd Firdaus Azharuddin berkata, penekanan akan diberikan untuk meningkatk­an daya saing usahawan sedia ada supaya mampu mengekspor­t barangan atau perkhidmat­an ke luar negara.

“Kita hendak hasilkan program yang mana kita lebihkan bagaimana hendak kentalkan usahawan kita untuk pergi ke peringkat global dan eksport,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan prapelanca­ran Global Marketing Summit (GMS) di sini, semalam.

Katanya keusahawan­an pada masa ini sedang melalui fasa pergolakan yang mana perniagaan tradisiona­l terpaksa bertarung untuk meneruskan operasi sementara e-perniagaan pula masih mencuba untuk bertapak teguh.

“Dalam era Malaysia Baharu ini, entiti perniagaan perlu mencipta, membugarka­n dan merangka semula strategi untuk kekal relevan dalam pasaran yang semakin mencabar, secara maya ataupun secara nyata.

“Pendek kata, perniagaan kini berada dalam situasi timbul ataupun tenggelam jika mereka mahu terus berniaga,” katanya.

Mengenai GMS, katanya program selama sehari itu memberi tumpuan kepada anjakan minda untuk mengubah pemikiran usahawan bagi memastikan mereka kekal berdaya saing dalam persekitar­an yang sentiasa mencabar.

“GMS hendak beri pendedahan kepada mereka (usahawan) selain menjadikan mereka lebih peka bagaimana syarikat multinasio­nal menjalanka­n perniagaan.

“Pada pendapat saya, penekanan yang sebegini perlu diteruskan untuk melahirkan lebih banyak usahawan yang kompetitif,” katanya.

INSKEN adalah agensi peneraju bagi pembanguna­n keusahawan­an dan pusat rujukan keusahawan­an negara yang berperanan membentuk satu ekosistem keusahawan­an kebangsaan bagi melahirkan usahawan yang mampan, cekap dan berdaya saing. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.