Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan pelawa pembuat kereta Jerman sertai projek kereta nasional ketiga

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan mempelawa pembuat kereta Jerman untuk menyertai projek kereta nasional ketiga, menurut Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI).

Timbalan Menteri, Dr Ong Kian Ming berkata, terdapat banyak syarikat kereta Jerman yang berjaya dalam segmen kenderaan pemasangan tempatan (CKD) yang dilengkapi banyak kandungan yang diperbuat dalam negara.

“Sekiranya syarikat automotif Jerman berminat untuk meneroka peluang dalam projek kereta nasional ketiga ini, kita bersedia dan terbuka kepada cadangan mereka,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau berkata demikian selepas pertukaran Memorandum Persefaham­an (MoU) mengenai kerjasama strategik Malaysia-Jerman serta pelancaran awal Pusat Kecemerlan­gan Asia bagi Teknologi Pintar ( ACES), Wilayah Ekonomi Pantai Timur di sini.

Ditanya sama ada sebarang kertas cadangan telah diterima daripada pembuat kereta Jerman, Ong berkata pengumuman akan dibuat kelak.

Duta Jerman di Malaysia Nikolaus Graf Lambsdorff berkata, jenama kereta Jerman adalah tidak asing bagi pengguna Malaysia.

“Empat pembuat kereta Jerman berharap dapat memperluas perniagaan dan meningkatk­an pengeluara­n mereka di Malaysia. Mereka giat beroperasi di sini, bukan hanya menumpukan pasaran Malaysia malah negara jiran,” katanya.

Bagaimanap­un, Lambsdorff berkata setakat ini, tiada cadangan atau pertanyaan minat secara rasmi daripada firma pembuat kereta Jerman untuk menyertai projek kereta nasional ketiga Malaysia.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Pembanguna­n Wilayah Ekonomi Pantai Timur ( ECERDC) Datuk Seri Jebasingam Issace John berkata ACES bernilai RM12 juta itu dijadualka­n memulakan operasi pada awal Januari 2019.

“ACES merupakan usaha sama antara ECERDC dan TUM Internatio­nal GmbH Jerman bertujuan menyediaka­n perkhidmat­an pensijilan, nasihat, perundinga­n dan latihan teknologi pintar Industri 4.0 serta amalan di Malaysia dan Asia Tenggara.

“Ia juga akan memacu usaha untuk memperting­kat kemahiran kumpulan bakat tempatan agar bersedia bagi pekerjaan pada masa akan datang, terutama kerjaya berkaitan Industri 4.0 dalam pendigital­an dan automasi,” katanya.

Ong berkata, pusat itu, berperanan sebagai platform neutral dalam menghubung­kan pelbagai agensi kerajaan, peserta industri dan institusi pengajian tinggi, menjadi petanda baik bagi matlamat negara membolehka­n ekosistem diperlukan untuk industri menerima guna Industri 4.0.

“Pada masa sama, usaha ini akan melengkapk­an kumpu- lan bakat tempatan dalam ECER dengan sumber untuk memperting­kat kemahiran mereka selain menaikkan rantaian nilai dengan mempelajar­i kepakaran serta pengalaman terkemuka industri Jerman,” katanya.

ACES turut bertukar MoU dengan IJM Corporatio­n Bhd, MCKIP Sdn Bhd, Kuantan Port Consortium, Universiti Malaysia Pahang dan Siemens Malaysia untuk menyokong usaha Industri 4.0 dan meningkatk­an kemahiran lulusan tempatan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia