Utusan Borneo (Sarawak)

MITI imbang pelaburan luar di tiga wilayah negara

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) semalam menegaskan, pelaburan luar yang dibawa masuk ke negara ini akan dibahagika­n sama rata antara tiga wilayah iaitu Semenanjun­g Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Menterinya, Datuk Darrell Leiking, berkata MITI menyelaras­kan potensi pelaburan yang dibawa oleh kerajaan dengan seimbang ke tiga wilayah terbabit.

“Ada sebuah syarikat yang mempunyai potensi besar untuk melabur di Sabah dan kita berunding dengan Sabah Electricit­y Sdn Bhd bagi mendapatka­n kadar tarif terbaik untuk mereka melabur di sana,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Chan Foong Hin (DAP-Kota Kinabalu) mengenai usaha MITI dalam menyeimban­gkan pelaburan antara wilayah supaya Sabah dan Sarawak tidak dipinggirk­an.

Darrell menambah, banyak potensi pelaburan sudah membuat komitmen pelaburan di Semenanjun­g Malaysia.

“Dalam misi baru-baru ini, terdapat beberapa syarikat yang akan melabur di Semenanjun­g Malaysia dalam sektor petrokimia, elektrik dan eletronik serta perubatan.

“Ini amat menarik, kerana kebanyakan pelaburan kali ini adalah dari syarikat yang besar di dunia termasuk syarikat yang menghasilk­an mekanisme untuk jantung ( stand mechanism for the heart),” tambahnya.

MITI mengadakan Misi Galakan Perdaganga­n dan Pelaburan ke Jepun dan Korea Selatan dari 14 hingga 21 Oktober lalu.

Darell berkata, misi perdaganga­n dan pelaburan akan diteruskan pada tahun 2019 yang memfokus kepada rakan dagangan utama dan rakan strategik Malaysia berdasarka­n negara fokus seperti ASEAN, Amerika Syarikat dan China.

Untuk Misi Galakan ke Korea Selatan, pelaburan berpotensi yang dijana adalah sebanyak RM711.4 juta yang bertumpu kepada sektor bahan kimia, elektrik dan elektronik serta perkakas rumah manakala jualan berpotensi dianggarka­n RM1 billion melalui hasil pertemuan sewaktu sesi mesyuarat perniagaan.

Misi Galakan dan Perdaganga­n ke Jepun pula berjaya menarik potensi pelaburan berjumlah RM2.13 bilion terutama dalam industri petrokimia, logistik, peralatan perubatan, elektrik dan elektronik, perkakas rumah serta perabot. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia