Utusan Borneo (Sarawak)

Generasi kedua model SUV tujuh tempat duduk itu dibangunka­n khusus untuk pasaran ASEAN

- Oleh Henrietta Liza

KUCHING: UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) telah membuka unit ‘All New Toyota Rush’ untuk tempahan dengan pembayaran pendahulua­n RM1,000 bermula semalam.

Generasi kedua model SUV tujuh tempat duduk itu dibangunka­n khusus untuk pasaran ASEAN.

Pengurus Cawangan Kumpulan Jualan Kenderaan UMWT Pending, Jeffery Wong Ling Chek berkata, ia juga merupakan kerjasama dengan Boulevard Jaya Sdn Bhd dan Best Motors Corporatio­n Sdn Bhd.

“Kami akan mengadakan jerayawara bermula di South Court di AEON Mall Kuching Central dan kemudian kita akan ke bandar-bandar utama seperti Sibu, Bintulu dan Miri sebelum penghujung tahun ini,” katanya ketika ditemui pada sesi pengenalan model All New Toyota Rush di Aeon Mall Kuching Central semalam.

Katanya lagi, perasmian seluruh negara model tersebut akan diadakan bermula awal tahun hadapan.

Model Toyota Rush sebelum ini telah berada di pasaran sejak 10 tahun lalu, dengan 18,000 unit telah terjual setakat ini di seluruh Malaysia.

Ia direka sebagai sebuah kenderaan yang praktikal serta tahan lasak sebelum dikemas kini baru-baru ini untuk menepati keperluan pengguna yang sentiasa berubah.

Bagaimanap­un tegasnya, SUV generasi kedua ini masih mengekalka­n imej moden dengan pendekatan ‘ Rugged-Active Lifestyle’ dengan gabungan keselesaan yang mempunyai ruang luas serta posisi kenderaan yang tinggi.

Toyota memperkena­lkan pendekatan baharu, 360-T (Trust and Technology) iaitu pakej inovasi lengkap yang direka untuk melindungi dan memberi kelebihan ketika berada di atas jalan.

“Tiga elemen dalam 360-T ialah ‘Safe-T Plus’ bagi sistem keselamata­n terkini sebagai standard, ‘ Connectivi- T’ bagi teknologi terbaharu perhubunga­n, hiburan dan keselamata­n serta ‘GuaranT’ untuk tempoh pemilikan kenderaan.

Gaya All New Toyota Rush hadir dengan imej dan garis badan yang lebih tajam ‘RBlade’, warna dwi-tona bagi memberi kesan visual yang berlainan.

“Imej terkini serba baharu kenderaan ini membawa penampilan premium yang ditambah nilai untuk lebih nilai wang anda,” tambahnya.

Dikuasakan dengan enjin 1.5 liter DOHC 16 injap baharu mempunyai janaan maksimum 105 PS pada 6,000 rpm dan 136 NM tork pada 4,200 rpm dengan sistem transmisi automatik empat kelajuan serta Automatic Stop-Start.

Kadar penggunaan minyak mampu mencapai 15.6km per liter dan layak diiktiraf sebagai kenderaan cekap tenaga ( EEV) di bawah Dasar Automotif Nasional kini.

Kelebihan kenderaan ini ialah ia menggunaka­n sistem pacuan roda belakang di permukaan yang pelbagai, memberi cengkaman ketika mendaki dan membawa bebanan muatan.

UMW menyasarka­n jualan sebanyak 3,600 unit model pada 2019 dan model ini akan dipasangka­n di kilang Perodua dengan anggaran harga RM101,000 bagi varian S manakala RM96,000 bagi varian G.

Ia turut didatangka­n dalam lima warna iaitu putih, kelabu metalik, kelabu gelap metalik, biru metalik dan hijau tua metalik. Tempahan boleh dibuat di semua bilik pengedar sah Toyota seluruh negara.

 ??  ?? SERBA BAHARU: Jeffery (empat kanan) bersama Pengurus Jualan UMWT Boulevard Jaya Sdn Bhd, Alex Chan Chung Ling (empat kiri) pada majlis pengenalan All New Toyota Rush di Aeon Mall Kuching Central di Kuching, semalam.
SERBA BAHARU: Jeffery (empat kanan) bersama Pengurus Jualan UMWT Boulevard Jaya Sdn Bhd, Alex Chan Chung Ling (empat kiri) pada majlis pengenalan All New Toyota Rush di Aeon Mall Kuching Central di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia