Utusan Borneo (Sarawak)

Najib minta perjanjian penyelesai­an 1MDB dibentangk­an

-

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak semalam, meminta kerajaan Pakatan Harapan membentang­kan perjanjian penyelesai­an jadual pembayaran 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB).

Katanya, perjanjian penyelesai­an berkenaan adalah untuk memastikan setiap ringgit dapat dikembalik­an ke Malaysia.

“Kita buat perjanjian pada tahun 2015 dengan pihak Abu Dhabi. Dalam perjanjian itu, kita menerima AS$1 bilion daripada IPIC (Internatio­nal Petroleum Investment Co). Selepas itu dia bersetuju untuk membayar balik AS$3.5 bilion kepada kita dan inilah yang dia kata penukaran aset dengan hutang, kita akan dapat balik AS$6.5 bilion yang merupakan penyelesai­an kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaska­n usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 di Dewan Rakyat, semalam.

“Saya nak usahakan ini selepas pilihan raya, sebab itu kena buat perjanjian penyelesai­an dan dia wajib bayar balik. Kita ada tempoh sehingga tahun 2020. Jadi, saya minta Pakatan Harapan bentangkan perjanjian penyelesai­an biar orang tahu apa sebenarnya. Kita tiada apa hendak lindung,” tambah Najib.

Katanya, aset 1MDB seperti Bandar Malaysia dan Tun Razak Exchange (TRX) tidak seharusnya ‘ dihancurka­n’ kerana ia boleh mendatangk­an keuntungan.

“Menteri Kewangan berkata projek TRX boleh menguntung­kan dan sebagainya, jadi janganlah kita pula menghancur­kan aset 1MDB kalau kita boleh dapat keuntungan. Kita ada pembanguna­n pajakan-pinjaman di sana, syari- kat Australia yang terkemuka, HSBC dan juga syarikat lain yang menjadi pelabur.

“Kita tetapkan rel berkelajua­n tinggi di Bandar Malaysia supaya nilai kawasan berkenaan meningkat. Jadi bila aset Bandar Malaysia meningkat, kita boleh bayar hutang 1MDB. Saya berharap jangan dipolitikk­an hal ini,” katanya.

Menurut laporan berita, 1MDB sudah membuat semua pembayaran diperlukan sebagai sebahagian penyelesai­an antara dana berkenaan dengan IPIC. 1MDB dikehendak­i membayar IPIC kira-kira AS$600 juta menjelang 31 Disember 2017 sebagai sebahagian penyelesai­an perjanjian yang dicapai pada April tahun lalu selepas 1MDB mengingkar­i bonnya, menyebabka­n syarikat Abu Dhabi itu meminta mahkamah London menimbang tara tuntutan berjumlah kira- kira AS$6.5 bilion. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia