Utusan Borneo (Sarawak)

Securemetr­ic sasar raih RM17 juta daripada IPO pada 25 sen sesaham

-

KUALA LUMPUR: Syarikat keselamata­n siber, Securemetr­ic Bhd, menyasarka­n meraih RM17 juta daripada tawaran awam permulaan (IPO) pada 25 sen sesaham.

Syarikat berkenaan akan menawarkan 17 juta saham kepada orang awam sehingga 30 Oktober ini dan dijangka disenaraik­an di pasaran ACE pada 13 November.

Selain itu, ia akan menerbitka­n 48 juta saham kepada pelabur terpilih dan tiga juta lagi kepada pekerja yang layak.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Edward Law berkata, jumlah hasil sebanyak RM5.7 juta akan digunakan untuk membangunk­an penyelesai­an keselamata­n digital baharu, RM5.16 juta bagi modal kerja manakala RM1.7 juta lagi untuk mengembang­kan perniagaan.

“Baki RM4.44 juta akan digunakan untuk pembayaran semula pinjaman dan mem- biayai perbelanja­an IPO,” katanya pada sidang media selepas pelancaran prospektus Securemetr­ic, di sini, semalam.

Law berkata, ketika ini syarikat itu mempunyai nilai kontrak sebanyak RM19.5 juta di Malaysia, Vietnam, Filipina, Indonesia serta Singapura dan penyenarai­an itu diharap mampu memperkuku­h langkahnya di negara berkenaan.

“Kepakaran yang kukuh syarikat dan prestasi rekod yang terbukti didorong oleh pelanggan asas tempatan dan luar negara dari pelbagai industri seperti organisasi kerajaan, institusi kewangan, pihak berkuasa awam, syarikat pembanguna­n perisian serta penyedia perkhidmat­an IT,” katanya.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017, lebih 80 peratus hasil syarikat dijana dari luar negara.

Katanya, Securemetr­ic melahirkan keyakinan potensi pertumbuha­n dalam penyelesai­an keselamata­n digital di Asia Tenggara khususnya dalam sektor kerajaan dan kewangan.

“Dengan peningkata­n penggunaan teknologi dalam perniagaan dan kerajaan, penyelesai­an keselamata­n digital yang dipertingk­atkan adalah sangat penting bagi mengelakka­n kebocoran maklumat dan kelemahan ekonomi akibat serangan siber,” kata Law. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERKEMBANG: Law menunjukka­n dokumen berkenaan butiran saham Bursa Malaysia Securemetr­ic Berhad ACE ketika pelancaran Prospektus Securemetr­ic Untuk Pasaran ACE di hotel, semalam.
— Gambar Bernama BERKEMBANG: Law menunjukka­n dokumen berkenaan butiran saham Bursa Malaysia Securemetr­ic Berhad ACE ketika pelancaran Prospektus Securemetr­ic Untuk Pasaran ACE di hotel, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia