Utusan Borneo (Sarawak)

Hari Ahli BonusLink di Parkson dari 26 hingga 28 Oktober ini

-

KUCHING: Hari gaji hampir tiba dan mahukah anda membeli sehelai atau dua baju, pakaian untuk anak- anak, sepasang seluar jeans atau satu set kain cadar pada harga diskaun istimewa?

Kini anda boleh merebut peluang ini. Bermula 26 hingga 28 Oktober ini berkunjung­lah ke Parkson bersempena dengan Hari Ahli BonusLink bulan ini dan membeli-belahlah sepuas-puasnya.

Sebagai ahli BonusLink, anda akan mendapat lima kali ganda Mata Ganjaran BonusLink bagi pembelian di seluruh Parkson apabila anda membeli-belah dengan Kad BonusLink.

Menerusi mata yang terkumpul, anda boleh menebus Baucar Hadiah Parkson dengan tempoh sah selama dua tahun dan mengumpul lebih banyak mata BonusLink apabila anda membeli-belah menggunaka­n Baucar Hadiah Parkson.

Para pelanggan juga akan menerima Baucar Diskaun Parkson bernilai RM10 percuma dengan setiap pembelian bernilai RM150 di seluruh Parkson dan Baucar Promosi Parkson bernilai RM20 percuma dengan setiap pembelian berjumlah RM200 daripada bahagian Kosmetik dan Wangian.

Jangan lupa untuk menikmati tawaran eksklusif yang berbeza di seluruh Parkson dan dapatkan penjimatan hebat secara eksklusif pada Hari Ahli BonusLink. Jangan ketinggala­n kerana ada sesuatu yang istimewa untuk semua.

Masih belum menjadi ahli? Dapatkan Kad BonusLink anda dengan mengunjung­i kaunter khidmat pelanggan Parkson berhampira­n anda untuk mendaftar.

Layari e-Mailer Parkson di www. parkson. com. my. Hari Ahli BonusLink adalah hari jualan istimewa dengan kerjasama antara Parkson Malaysia dan BonusLink Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai Parkson dan Parkson Kad, sila hubungi Janet Lai, (Eksekutif Pemasaran) di 03- 33442882 sambungan 2712 atau e- mel jan- etlai@ parkson. com. my Olivia Kwan, ( Pengurus Pemasaran Kesetiaan) di 03- 33442882 sambungan 2701 atau e-mel olivia@parkson. com.my.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia