Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan baharu melihat kepada manfaat yang bakal diterima rakyat

-

TANJUNG MALIM: Perancanga­n projek perintis Youth City atau Bandar Belia di Tanjung Malim di sini akan tetap diteruskan oleh kerajaan Perak di bawah Pakatan Harapan.

Pengerusi Jawatankua­sa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkut­an Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru negeri Yong Choo Kiong berkata, meskipun inisiatif itu datangnya daripada kerajaan terdahulu, namun kerajaan baharu melihat kepada manfaat yang diterima demi kepentinga­n rakyat.

“Polisi yang baik, beri manfaat kepada rakyat, kita akan teruskan kerana di sini merupakan salah satu tempat yang amat baik kita bangunkan (bandar belia) serta mempunyai kadar penduduk ramai terutama dari kalangan belia. Maka projek-projek yang mendatangk­an kebaikan kepada para belia, kita akan teruskan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan program publisiti dan penyertaan awam draf rancangan tempatan daerah Muallim dan sebahagian daerah Batang Padang di Majlis Daerah Tanjung Malim di sini semalam.

Sebelum ini, kawasan Tanjung Malim merupakan antara empat bandar akan ditukar menjadi Bandar Belia selain Putrajaya, Tuaran (Sabah) dan Lundu (Sarawak) yang mana perancanga­n tersebut antara lain akan mengkhusus­kan kepada keperluan generasi Y termasuk peluang pekerjaan, rekreasi serta perumahan mampu milik.

Lantaran itu kata beliau, adalah rugi jika tidak dibangunka­n sebaiknya kerana kawasan Tanjung Malim sangat strategik untuk ditransfor­masikan sebagai Bandar Belia kerana terdapat banyak kelebihan antaranya kedudukan geografi, kawasan pelaburan industri, pendidikan serta terletak di wilayah selatan Perak yang berhampira­n dengan Kuala Lumpur dan Selangor.

Mengenai program itu pula, Yong menyaranka­n agar semua pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi 12 daerah di negeri ini meningkatk­an lagi usaha penganjura­n program publisiti dan penyertaan awam draf rancangan tempatan di daerah masing-masing.

Jelas beliau, usaha tersebut memberi peluang kepada pemimpin tempatan, badan bukan kerajaan (NGO) serta komuniti setempat memberi idea dalam membantu PBT merencanak­an pembanguna­n yang mampan dan lestari pada masa akan datang.

“Lain PBT punyai lain cara publisiti. Cuma saya lihat kurang mendapat sambutan. Jadi saya sarankan lebihkan hebahan maka ramai orang akan melibatkan diri dan beri idea bernas untuk pihak PBT pertimbang­kan,” katanya.

Sementara itu dalam ucapannya, Yong berkata keperluan rancangan tempatan adalah selaras dengan peruntukan undang- undang terkandung dalam Seksyen 12, Bahagian III, Akta Perancanga­n Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) yang mana dokumen Rancangan Tempatan hendaklah disediakan bagi melengkapi sistem perancanga­n fizikal negara.

Malah jelasnya, publisiti dijalankan selaras dengan ketetapan subseksyen 13(1), akta yang sama.

“Publisiti ini memberi peluang kepada orang awam untuk menyemak Draf Rancangan Tempatan daerah Muallim serta sebahagian daerah Batang Padang 2035 serta memberi pandangan atau membuat rayuan ataupun bantahan terhadap perkara- perkara terkandung di dalamnya,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? UNTUK ALBUM: Tuanku Aishah Rohani (empat kanan) bergambar bersama para delegasi USIM yang menghantar baginda sebelum berangkat ke China untuk lawatan kerja rasmi USIM di Nilai, semalam. Turut kelihatan Naib Canselor USIM Prof Dato Musa Ahmad (tiga kiri).
— Gambar Bernama UNTUK ALBUM: Tuanku Aishah Rohani (empat kanan) bergambar bersama para delegasi USIM yang menghantar baginda sebelum berangkat ke China untuk lawatan kerja rasmi USIM di Nilai, semalam. Turut kelihatan Naib Canselor USIM Prof Dato Musa Ahmad (tiga kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia