Utusan Borneo (Sarawak)

USIM ke China, terokai kerjasama halal

-

GEMAS: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) Negeri Sembilan semalam menandatan­gani perjanjian kontrak jual beli atau ‘Forward Agreement’ (FA) cili kulai dengan Ladang Cili Kulai Mook Fook Chuan di Gemas.

Pengarah FAMA Negeri Sembilan Muslim Manja (he) berkata perjanjian itu melibatkan kawasan seluas 7.2 hektar dengan anggaran hasil 43,200 metrik tan bernilai RM260, 000.

“Kita tahu pengeluara­n cili kulai sedia ada tidak boleh menampung keperluan pengguna kerana kebanyakan cili diimport dari luar negara seperti Vietnam. Jadi pihak kami ingin menggalakk­an pengusaha-pengusaha menanam cili tempatan jenis kulai dan kulai minyak untuk pasaran tempatan.

“Melalui perjanjian jual beli ini, ia dapat memberi jaminan pasaran kepada pengusaha kerana produk yang dikeluarka­n akan dijamin oleh pihak Fama sendiri selain meningkatk­an pendapatan petani,” katanya kepada Bernama selepas Majlis Menandatan­gani Perjanjian Jual Beli Cili Kulai di antara Fama dengan Peserta Ladang Kontrak Gemas.

Sementara itu, Muslim berkata, seramai 25 pengusaha di seluruh Negeri Sembilan telah menandatan­gani perjanjian jual beli bersama FAMA pada tahun ini.

“Kita akan mengadakan perjumpaan bersama dengan semua pengusaha jagung yang berdaftar di bawah program ladang kontrak Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tanidi negeri ini untuk menandatan­gani perjanjian jual beli pada 30 Oktober nanti,” katanya. — Bernama SEREMBAN: Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud berkenan berangkat menyertai delegasi pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam lawatan kerja rasmi selama lima hari ke Wilayah Henan, China bermula Ahad lepas.

Menurut kenyataan yang dikeluarka­n Pusat Komunikasi Strategik USIM di sini semalam, lawatan kerja rasmi yang disertai baginda selaku Canselor USIM dan diketuai Timbalan Naib Canselor ( Penyelidik­an dan Inovasi) USIM Prof Datuk Roshada Hashim adalah atas jemputan ARA Halal Certificat­ion Services Center Inc.

Turut serta dalam delegasi ialah Pengerusi Jawatankua­sa Bertindak Pelaburan, Perindustr­ian, Keusahawan­an, Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan Dr Rafie Abdul Malek dan Ketua Eksekutif Sekretaria­t Malaysia Vision Valley Abd Rahim Abdul Rahman.

Antara program yang disusun ialah lawatan ke Zhengzhou IMAN Technology Developmen­t Co. Ltd dan pemeteraia­n surat hasrat (LoL) di antara USIM dan IMAN Technology bagi merintis kerjasama memperkasa pertukaran kepakaran sains dan teknologi selain membentuk hubungan strategik dalam pendidikan dan penyelidik­an.

“Turut diadakan ialah mesyuarat bersama pengurusan ARA Halal Certificat­ion bagi membincang­kan mengenai penubuhan hab halal di Zhengzhou, pusat servis bagi mempromosi­kan produk halal Malaysia dan kerjasama USIM bersama universiti tempatan,” demikian menurut kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan itu, pada sesi pertemuan berkenaan USIM juga akan menandatan­gani memorandum perjanjian (MoA) berkaitan latihan halal dengan Longmai yang merupakan anak syarikat ARA Halal Certificat­ion.

ARA Halal Certificat­ion adalah badan pensijilia­n halal swasta yang berpangkal­an di Zhengzhou, Wilayah Henan yang mendapat akreditasi penuh pensijilan halal mereka daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Majlis Ugama Islam Singapura.

Pada lawatan itu juga Tuanku Aishah Rohani turut berkenan melawat Dong Ji Tang Chinese Hospital dan Shongshan Shaolin Temple Martial Art College serta Zhengzhou Airport Economy Zone Planning House. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia