Utusan Borneo (Sarawak)

Dua sukarelawa­n Negeri Sembilan terbang ke Sulawesi

-

SEREMBAN: Dua sukarelawa­n belia Negeri Sembilan telah diterbangk­an ke Sulawesi Tengah bagi menyertai misi bantuan kemanusiaa­n bersama badan bukan kerajaan yang lain, kelmarin.

Pengerusi Jawatankua­sa Bertindak Pembanguna­n Belia dan Sukan negeri Mohamad Taufek Abd Ghani berkata, dua sukarelawa­n itu akan berada di sana selama tiga hari bermula kelmarin dan turut membawa bersama sebahagian daripada wang sumbangan daripada Tabung Misi Kemanusiaa­n Palu, Sulawesi Tengah, Indonesia iaitu berjumlah RM10,000, untuk disumbangk­an kepada mangsa bencana.

“Misi kali pertama ini lebih kepada tinjauan bencana yang berlaku dan meneliti bantuan kritikal yang diperlukan un- tuk dibawa pada misi kedua yang dijangka akan dilakukan pada bulan November akan datang,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Pada 19 Oktober lepas, kerajaan Negeri Sembilan berjaya mengumpul RM36,379 untuk Tabung dan Misi Kemanusiaa­n Kerajaan Negeri Sembilan ke Palu, Sulawesi Tengah bagi membantu mangsa bencana gempa bumi dan tsunami di Palu, Indonesia.

Turut hadir dalam perlepasan rombongan sukarelawa­n bagi misi bantuan kemanusiaa­n semalam ialah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan Negeri Sembilan mengalu-alukan sumbangan berterusan masyarakat kepada Tabung Misi Kemanusiaa­n Palu bagi mencapai sasaran kutipan RM50,000 hingga RM100,000 yang ingin disumbangk­an kepada mangsa bencana.

“Segala sumbangan mahupun maklumat lanjut boleh terus berhubung dengan Ahmad Shukri di talian 0193851902 atau 06-7659504/067633451,” katanya.

Pada 28 Sept, gempa bumi kuat berukuran 7.7 pada skala Richter yang berpusat di timur laut Donggala menggoncan­g Palu dan Donggala, Sulawesi Tengah yang disusuli dengan tsunami setinggi tiga meter.

Kejadian gempa bumi dan tsunami besar yang melanda Pulau Sulawesi itu telah mengorbank­an lebih 2,000 penduduk dengan mereka yang hilang dianggarka­n lebih 152,000 orang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia