Utusan Borneo (Sarawak)

Endowmen RM2 juta bakal dimanfaatk­an bagi penubuhan Kursi Syed Naquib Al-Attas

-

JOHOR BAHRU: Pemberian endowmen sebanyak RM2 juta ke Tabung Endowmen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan dimanfaatk­an bagi tujuan penubuhan Kursi Syed Naquib Al-Attas di Pusat Kajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban (CASIS).

Naib Canselor UTM Prof Datuk Ir Dr Wahid Omar berkata, penubuhan bidang kajian tersebut adalah bagi memperkasa bidang penyelidik­an dan akademik serta menggalakk­an perkongsia­n kepakaran, sumber manusia dan idea di antara institusi pendidikan tinggi, industri serta masyarakat.

“Falsafah pendidikan dan penyelidik­an di CASIS ini adalah mensasarka­n bagi melahirkan sarjana dan golongan profesiona­l yang beradab serta mahir dalam pelbagai bidang ilmu yang dikaji sekaligus berupaya menyumbang kepada kemajuan bangsa, negara dan kesejahter­aan sejagat,” kata beliau.

Justeru itu, Wahid berkata, memorandum perjanjian (MoA) semalam dan penyaluran dana tersebut adalah penting dan signifikan kepada UTM.

Wahid berkata demikian ketika berucap pada majlis menandatan­gani MoA di UTM, di sini semalam.

Turut berkenan mencemar duli, Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah, yang juga Canselor UTM, menyaksika­n majlis menandatan­gi MoA antara UTM dan QSR Brands (M) Holdings Bhd.

Turut hadir menyaksika­n, Presiden & Ketua Eksekutif Johor Corporatio­n merangkap Pengerusi QSR Brands Datuk Kamaruzzam­an Abu Kassim.

Sementara itu, Kamaruzzam­an berkata dana yang disalurkan oleh QSR Brands itu adalah berbentuk endowmen iaitu hasil pelaburan daripada dana yang disumbangk­an sahaja akan digunakan bagi mengoperas­ikan Kursi Syed Naquib Al-Attas (90 peratus) dan pengurusan endowmen UTM (10 peratus).

Beliau berkata, Tan Sri Syed Muhammad al-Naquib Ali al-Attas adalah seorang tokoh falsafah Islam, selain pelopor kepada idea Islamisasi pengetahua­n.

“Tokoh besar ini juga meninggalk­an pemikiran Islam dan tamadun dalam 27 buku karya beliau khususnya Sufisme, kosmologi, metafizik, Bahasa Melayu serta kesusaster­aan.

“Hari ini (semalam), Johor Corp melalui QSR Brands terpanggil untuk memastikan legasi ilmu yang hebat ini diwarisi generasi muda kita. Semua khazanah itu bukan setakat diwarisi malah dicerna secara akademik untuk kita dapatkan pati ilmu dan falsafahny­a,” kata beliau. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia