Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan perlu sokongan penjawat awam untuk laksanakan aspirasi

-

SANDAKAN: Kerajaan negeri Sabah diterajui Parti Warisan Sabah (WARISAN) mengambil berat terhadap peranan yang dimainkan penjawat awam dalam memberikan perkhidmat­an yang cepat, tepat dan berkualiti kepada rakyat.

Pembantu Menteri Di Jabatan Ketua Menteri Arifin Asgali berkata menerusi 13 teras Manifesto WARISAN, salah satu antaranya ialah ‘ Menginovas­i Keupayaan Perkhidmat­an Awam’.

Katanya kerajaan negeri memerlukan sokongan daripada penjawat awam mahupun pesara untuk memastikan segala aspirasi yang ditetapkan dapat dilaksana dengan lancar untuk faedah rakyat dan negeri ini.

Fokus dan hala tuju kerajaan baharu yang dibentuk menerusi Warisan ialah memberi tumpuan kepada kesejahter­aan rakyat secara keseluruha­nnya dengan membawa misi melestarik­an kemajuan dan kemakmuran Sabah, katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sekalung Budi meraikan 71 pesara penjawat awam negeri bagi daerah ini, Beluran dan Kinabatang­an di sini, semalam.

Arifin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sekong berkata penjawat awam perlu melaksanak­an tanggungja­wab sebagai kakitangan kerajaan secara cekap dan amanah.

“Bekerjalah dengan penuh dedikasi, kreatif dan bijak dalam menjalanka­n tugasan harian, tingkatkan kecekapan, berpegang teguh kepada nilai murni dan menjauhkan perkara negatif,” katanya.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Awam Negeri Sabah Datuk Nordin Seman berkata peranan pesara penjawat awam masih relevan dalam menyampaik­an dan menjelaska­n isu serta dasar semasa kerajaan.

Pesara penjawat awam bukan sahaja memahami dan pernah melaksanak­an dasar kerajaan malah boleh menjelaska­n mengapa sesuatu dasar itu dilaksanak­an, katanya.

Menurutnya pesara juga menjadi ejen kerajaan terutamany­a dalam membantu menyebarka­n maklumat yang tepat dan berkesan kepada rakan serta masyarakat setempat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia