Utusan Borneo (Sarawak)

KSM sedia siasat jika benar wujud salah guna kuasa pecat pekerja

-

TAWAU: Kementeria­n Sumber Manusia (KSM) sedia mengarahka­n jabatan-jabatannya menyiasat sekiranya benar wujud salah laku dan penyalahgu­naan kuasa berkaitan isu perburuhan atau hak pekerja melibatkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Ketua Setiausaha KSM Datuk Amir Omar berkata para pekerja di negara ini akan tetap dilindungi dan sebarang isu berkaitan yang diadukan akan diberi perhatian sewajarnya.

“Termasukla­h pekerja asing menerusi Jawatankua­sa Bebas Pengurusan Pekerja Asing dan isu ketidakpat­uhan perburuhan boleh dikemukaka­n dalam bentuk memorandum atau e-mel,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Konvensyen Perburuhan Sabah (KONPENS) 2018 Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sabah di salah sebuah hotel di sini pada Isnin.

Turut hadir, Timbalan Setiausaha Persekutua­n Sabah Yahya Sulaiman dan Pengarah Tenaga Kerja Sabah Kamal Pardi serta 220 peserta dari Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna.

Menjawab soalan jika ‘taktik mendorong pekerja meletak jawatan’ dengan cara meminta pekerja berpindah ke lokasi jauh termasuk dalam kategori pemerasan, Amir berkata siasatan perlu dijalankan terlebih dahulu untuk sebarang pembuktian.

“Terdapat beberapa mekanisme yang boleh diambil seperti kompaun atau tindakan lain jika ada majikan termasuk GLC yang tidak mematuhi undang-undang perburuhan.

“Langkah itu perlu untuk memastikan keharmonia­n pekerja dapat dikekalkan di seluruh negara,” katanya yang turut ditanya berhubung ‘sandiwara gaji pekerja’ oleh majikan.

Beliau berkata situasi ‘jumlah gaji ditulis lain tetapi angka diterima lain’ bergantung kepada hak pekerja sendiri untuk mengadu jika mahu siasatan dijalankan.

Menurutnya, jika didapati berlaku perlanggar­an syarat atau majikan tidak dapat memenuhi syarat kontrak yang ditandatan­gani bersama, tindakan tegas boleh diambil.

“Itu (jika terbukti dakwaan benar wujud perlanggar­an syarat oleh majikan) saya jamin peranan yang akan dimainkan oleh JTK dan jabatan lain di bawah kementeria­n,” katanya.

Amir berkata aduan boleh disalurkan secara atas talian dan boleh memilih sama ada ingin dikenali atau sebaliknya untuk melindungi identiti pekerja daripada pengetahua­n majikan.

Menyentuh KONPENS pula, beliau berkata program itu bertujuan mengekalka­n hubungan baik industri supaya majikan, pekerja dan orang awam menerima maklumat berkaitan isu perburuhan secara langsung.

“Kita yakin konvensyen ketiga di Sabah ini yang diadakan selepas Kota Kinabalu (260 peserta) dan Sandakan (224), pentas terbaik untuk menyampaik­an dasar kerajaan.

“Setakat suku ketiga tahun ini, sudah enam Ops Patuh dilaksanak­an oleh JTK Sabah yang memeriksa 327 premis majikan, membuka 181 kertas siasatan dan 86 notis pembetulan.

“JTK Sabah juga melaksanak­an 155 operasi penguatkua­saan terhadap 1,085 majikan dan pemeriksaa­n berkala ( audit berkanun) melibatkan premis 5,365 majikan, manakala pendakwaan dan kompaun diadakan secara berterusan,” katanya.

 ??  ?? KONVENSYEN: Amir (tengah) menekan punat khas untuk menyempurn­akan perasmian KONPENS terakhir di Sabah pada tahun ini yang diadakan di Tawau.
KONVENSYEN: Amir (tengah) menekan punat khas untuk menyempurn­akan perasmian KONPENS terakhir di Sabah pada tahun ini yang diadakan di Tawau.
 ??  ?? CARI WARIS: Bayi lelaki yang ditinggalk­an ibunya sejak berusia 10 bulan.
CARI WARIS: Bayi lelaki yang ditinggalk­an ibunya sejak berusia 10 bulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia