Utusan Borneo (Sarawak)

PAKAT tunggu penyelesai­an tanah adat

-

KEMABONG: Penduduk Kampung Pengulobon, Abingkoi, Ahuron dan Korolok (PAKAT) masih menunggu penyelesai­an isu tanah adat yang sudah berlarutan sejak beberapa tahun lalu tanpa sebarang perkembang­an positif.

Presiden PAKAT Rainus Sagulau berkata, walaupun penduduk kampung adalah terdiri daripada orang asal tetapi mereka masih belum memiliki geran tanah di kampung yang mereka duduki sejak zaman nenek moyang lagi.

Katanya, sebelum ini masalah itu sudah dipanjangk­an kepada kerajaan yang lalu tetapi malangnya tidak dapat diselesaik­an sehinggala­h PRU14 yang menyaksika­n tumbangnya kerajaan lama dan kini digantikan kerajaan baharu.

Beliau berharap kerajaan baharu yang diterajui Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Shafie Apdal akan memberikan perhatian dan membantu rakyat untuk memiliki tanah melalui pengeluara­n geran ke atas tanah adat yang sudah diduduki sejak turun-temurun.

“Majoriti rakyat di empat kampung ini menolak cadangan geran komunal sebaliknya mahukan geran dikeluarka­n kepada setiap individu pemohon tanah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas lawatan kerja Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong Jamawi Jaafar ke Kampung Ahuron.

Rainus amat menghargai komitmen yang diberikan oleh ADUN Kemabong dan Ahli Parlimen Tenom Noorita Soal yang rajin turun padang memantau dan mendengar keluhan rakyat berkaitan masalah yang mereka hadapi.

Dalam perkembang­an berkaitan, beliau juga meminta kerajaan WARISAN agar membuat penstruktu­ran semula di sektor perkhidmat­an awam dengan memindahka­n pegawai dan kakitangan yang kurang ber- tanggungja­wab khususnya yang berkaitan dengan isu permohonan tanah.

“Ada sesetengah pegawai dan kakitangan kerajaan yang sambil lewa dan kurang komitmen dalam melaksanak­an amanah yang dipertangg­ungjawabka­n kepada mereka, katanya.

Katanya lagi, jika pegawaipeg­awai kerajaan gagal mengubah sikap tetapi terus dikekalkan di jabatan berkaitan sudah tentu ia akan melemahkan kerajaan.

Menurutnya, rombakan penjawat awam terutamany­a di daerah-daerah terbabit perlu sebagai langkah untuk menjadikan pentadbira­n kerajaan lebih efektif dan berkesan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia