Utusan Borneo (Sarawak)

TEROKAI PELUANG DAGANG

Lebih banyak peluang perdaganga­n perlu diterokai, dibangun antara Indonesia dan Sarawak.

-

KUCHING: Dalam usaha berterusan dan berstruktu­r untuk mengukuhka­n kedudukan ekonomi Sarawak, lebih banyak peluang perdaganga­n perlu diterokai dan dibangunka­n antara Indonesia dan Sarawak, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Mengulas mengenai kerjasama antara Kalimantan, Indionesia dan Sarawak, beliau berkata banyak yang dapat dimanfaatk­an oleh kedua-dua wilayah terbabit.

Abang Johari berkata demikian kepada kumpulan perniagaan sebelum menyaksika­n pertukaran tiga dokumen melibatkan memorandum­m persefaham­an (MoU) antara entitit perdaganga­n dari Sarawak dan rakan-rakan mereka dari Indonesia dalam satu majlis di Pusat Pameran Persidanga­n Indonesia di Tangerang dekat Jakarta semalam.

Majlis menandatan­gani MoU di Jakarta diadakan semasa Eksposisi Perdaganga­n Antarabang­sa Indonesia Ke-33 di pusat tersebut.

Terdahulu, Abang Johari dan anggota delegasiny­a menghadiri pembukaan rasmi pameran oleh Presiden Indonesia Joko Widodo.

Danawa Sdn Bhd dari Sarawak dan PT THC Indonesia menandatan­gani Memorandum Perjanjian (MoA) bagi kerjasama melaksanak­an infrastruk­tur gentian optik melalui lintasan sempadan Tebedu-Entikong dan Badau-Lubok Antu yang akan menyesiaka­n sambungan Internet dan multimedia berkelajua­n tiggi antara Indonesia dan Sarawak.

Kedua-dua pihak mempunyai kerjasama sedia ada dengan sambungan melalui lintasan sempadan Biawak-Aruk yang dijangka siap menjelang akhir tahun ini.

MoU kedua ditandatan­gani antara Brooke Dockyard Engineerin­g Works dan PT Wika Wijaya Persero TBK dari Indonesia untuk mengeksplo­rasi peluang dalam pembanguna­n infrastruk­tur.

MoU ketiga pula ditandatan­gani di antara Indonesian Chamber of Commerce and Industry dengan Persekutua­n Perniagaan Sarawak (SBF) untuk memperkuat­kan kerjasama perniagaan antara Sarawak dan Indonesia.

Abang Johari berkata, jumlah dagangan antara Sarawak dan Indonesia perlu ditingkatk­an dari statusnya sekarang untuk manfaat kedua-dua ekonomi.

Statistik menunjukka­n bahawa nilai perdaganga­n antara Sarawak dan Indonesia meningkat daripada RM1.8 bilion (AS$0.43 bilion) pada 2016 kepada RM2.1 bilion (AS$0.51 bilion) pada 2017 dan sehingga bulan Mei tahun ini, nilainya dicatatkan pada RM1.3 bilion (AS$0.31 bilion).

“Sekiranya trend menaik berterusan dalam baki tahun 2018, saya pasti nilai itu akan melebihi pada tahun 2017,” katanya.

Beliau berkata, ia jelas menunjukka­n peningkata­n kerjasama perdaganga­n antara Sarawak dan Indonesia sekali gus meningkatk­an tahap perdaganga­n antara kedua-dua negara.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang juga Menteri Pembanguna­n Perindusti­an dan Usahawan serta Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua, Menteri Muda Industri dan Pelaburan Malcolm Mussen Lamoh dan Timbalan Setiuasaha Kerajaan Negeri Datu Abu Bakar Marzuki.

Abang Johari kemudianny­a dibawa melawat ke pameran itu sebelum berangkat pulang ke Kuching.

 ??  ?? HUBUNGAN ERAT: Abang Johari bersalaman dengan Presiden Joko Widodo. Turut kelihatan Awang Tengah.
HUBUNGAN ERAT: Abang Johari bersalaman dengan Presiden Joko Widodo. Turut kelihatan Awang Tengah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia