Utusan Borneo (Sarawak)

PERGINYA PEJUANG KEMERDEKAA­N YUSOF MERAIS

-

KUCHING: Allahyarha­m Yusof Merais, 91, bapa kepada Ahli Parlimen Petra Jaya Datuk Seri Fadillah Yusof merupakan pejuang masyarakat ketika era antipenyer­ahan Sarawak kepada Kolonial British pada 1946.

Allahyarha­m yang juga rakan kepada Allahyarha­m Rosli Dhoby dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Samariang pada pagi semalam.

Jenazah Allahyarha­m disembahya­ngkan di Masjid Taman Sukma pada jam 9.15 pagi sebelum dibawa ke tanah perkuburan jam 9.40 pagi. Pengebumia­n selesai kira-kira jam 11 pagi.

Allahyarha­m meninggal dunia di kediamanny­a di PJ Heights, Petra Jaya jam 3.30 petang, Selasa.

Ketika hayatnya, Allahyarha­m pernah dipenjarak­an dua kali termasuk ketika dikaitkan terbabit dalam konspirasi pembunuhan Gabenor British Sir Duncan George Stewart di Sibu pada 1949.

Lahir di Sibu pada 5 Oktober 1927, beliau pernah menyertai Pergerakan Pemuda Melayu (PPM) yang menentang penyerahan Sarawak kepada British dan beliau turut terlibat dalam kumpulan Gagak Hitam yang menentang kehadiran penjajah serta menuntut kemerdekaa­n Sarawak.

Selepas PPM diharamkan susulan pembunuhan Gabenor Sir Duncan George Stewart, Allahyarha­m Yusof meneruskan perjuangan dalam Barisan Pemuda Sarawak pimpinan bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak Allahyarha­m Tun Ahmad Zaidi Adruce.

Allahyarha­m pernah bekerja sendiri sebelum menjadi penyelia Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).

Kali kedua Allahyarha­m dipenjarak­an adalah ketika konfrontas­i pembentuka­n Malaysia pada 1962.

Allahyarha­m meninggalk­an isteri Dayang Rosnah Abang Madeli, 87 .

Fadillah yang juga bekas Menteri Kerja Raya merupakan anak kesembilan daripada 14 beradik, tujuh lelaki dan tujuh perempuan.

Seorang daripada anak lelaki Allahyarha­m meninggal dunia ketika berusia tujuh tahun.

Antara orang kenamaan yang hadir pagi ini ialah bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abang Muhammad Salahuddin dan isteri, Toh Puan Norkiah.

Fadillah yang berada di Kuala Lumpur menghadiri persidanga­n Dewan Rakyat balik ke Kuching lewat petang kelmarin bagi urusan pengebumia­n.

 ??  ?? Yusof Merais SEBAK: Fadillah menyiram pusara bapanya, Allahyarha­m Yusof semalam.
Yusof Merais SEBAK: Fadillah menyiram pusara bapanya, Allahyarha­m Yusof semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia