Utusan Borneo (Sarawak)

Mendiang Watson tidak sempat lihat anak

Mangsa kemalangan di Pahang bakal bergelar bapa kerana isterinya hamil tiga bulan

- Oleh Jeremy Lanson

KUCHING: Mendiang Konstabel Watson Edin yang terkorban dalam nahas jalan raya di Kilometer 183 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Jalan Maran, Pahang rupanya bakal bergelar bapa kerana isterinya hamil tiga bulan.

Perkara tersebut disahkan bapa mendiang, Edin Sengew ketika ditemui pemberita semasa menunggu ketibaan jasad anak sulungnya yang berusia 24 tahun itu di bangunan MasCargo berdekatan Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching (LTAK) di sini, semalam.

Menurutnya, kali terakhir anaknya yang bertugas di Cawangan Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang terbabit pulang adalah pada Julai lalu untuk menjemput isterinya Natasha Elsy tinggal bersamanya di Pahang.

“Sebelum ini dia tinggal seorang diri di sana (Pahang) dan pada Julai lalu dia pulang kerana mahu menjemput isterinya untuk tinggal bersama.

“Terbaharu, kami dimak- lumkan bahawa isterinya sedang hamil tiga bulan,” katanya dalam keadaan sebak dan enggan lagi meneruskan perbualan.

Jasad mendiang yang tiba dengan penerbanga­n dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada jam 3.50 petang diiringi dua pegawai kanan daripada IPK Pahang serta isterinya.

Ahli keluarga dan kenalan mendiang yang mula berkumpul di pekarangan terminal MasCargo sejak tengah hari lagi kelihatan sayu sebaik sahaja jasad mendiang diusung keluar oleh anggota polis ke dalam kenderaan polis.

Jasad mendiang kemudian dibawa ke rumah keluargan- ya di Kampung Punau, Jalan Puncak Borneo, Padawan di sini untuk dikebumika­n.

Mendiang mempunyai lima adik beradik dan mula berkhidmat sebagai anggota polis sejak tiga tahun lalu.

Nahas berlaku kira- kira jam 3 petang Selasa lepas ketika mendiang bersama Sarjan Mejar Roslan Maon,50, berasal dari Kuantan,Pahang dalam perjalanan dari arah Bentong ketika mengiringi kenderaan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang yang membawa kertas peperiksaa­n.

Difahamkan ketika kejadian hujan lebat dan kereta yang dipandu anggota terbabit melanggar besi pembahagi jalan sebelum terbabas ke dalam longkang di sebelah kiri jalan.

Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di bahagian kepala dan badan.

Sebelum ini dia tinggal seorang diri di sana (Pahang) dan pada Julai lalu dia pulang kerana mahu menjemput isterinya untuk tinggal bersama. Edin Sengew Bapa

 ??  ?? RATAPAN ISTERI: Natasha (tengah) yang mengiringi jasad suaminya dari Pahang ditenangka­n oleh ibu serta anggota polis semasa tiba di Terminal MasCargo, semalam.
RATAPAN ISTERI: Natasha (tengah) yang mengiringi jasad suaminya dari Pahang ditenangka­n oleh ibu serta anggota polis semasa tiba di Terminal MasCargo, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia