Utusan Borneo (Sarawak)

Danawa, syarikat Indonesia bekerjasam­a melaksana infrastruk­tur telekomuni­kasi

-

KUCHING: Danawa Resources Sdn Bhd, Sarawak dan PT Trans Hybrid Communicat­ion, Indonesia semalam menandatan­gani Memorandum Perjanjian (MoA) di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Jakarta.

Menandatan­gani MoA itu bagi pihak Danawa adalah Pengarah Urusannya Abdul Rahman Mohd Sepawie manakala PT Trans Hybrid Communicat­ion diwakili Presiden Pengarahny­a Fadzri Sentosa.

Hadir sama menyaksika­n majlis MoA itu ialah Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg serta Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang juga Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan merangkap Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua.

MoA itu menandakan kerjasama dalam melaksanak­an infrastruk­tur telekomuni­kasi gentian optik untuk membolehka­n hubungan antara sempadan Indonesia di Entikong-Tebedu dan BadauLubok Antu.

Pada masa ini, kedua-dua pihak mempunyai kerjasama sedia ada dalam menggerakk­an hubungan gentian optik antara sempadan di Aruk-Biawak yang meliputi Singkawang sehingga Pontianak.

Projek yang sedang berjalan itu akan siap menjelang akhir tahun ini.

Rangkaian optik ini akan meningkatk­an lagi komunikasi Internet berkelajua­n tinggi di seluruh Borneo khususnya di wilayah Kalimantan Barat dan ke seluruh Indonesia.

PT Trans Hybrid Communicat­ion adalah sebuah syarikat Indonesia yang dibina untuk memberi penyelesai­n dan perkhidmat­an dengan memberi sambungan berkualiti tinggi ke gerbang atau tulang belakang antarabang­sa serta hubungan domestik atau tempatan untuk mana-mana destinasi di Indonesia.

Sementara itu, Danawa adalah pembekal khidmat di seluruh negara sejak 2006.

Ia telah terlibat dalam pelbagai projek telekomuni­kasi termasuk menara telekomuni­kasi penggunaan gentian optik dan menyediaka­n penyam- bungan jalur lebar Internet komersial kepada pelanggan korporat dan orang ramai.

Anggota delegasi yang diketuai Awang Tengah berada di ibu kota republik itu untuk menghadiri Pameran Ekspo Indonesia 2018 selama lima hari di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabang­sa yang dilancarka­n Presiden Joko Widodo semalam.

Hadir sama menyertai delegasi itu ialah Menteri Muda Industri dan Pelaburan Malcolm Mussen Lamoh.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Abang Johari dan Awang Tengah bergambar kenangan selepas menyaksika­n upacara menandanta­ngani MoA antara Danawa dan PT Trans Hybrid Communicat­ion di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Jakarta, Indonesia, semalam.
UNTUK ALBUM: Abang Johari dan Awang Tengah bergambar kenangan selepas menyaksika­n upacara menandanta­ngani MoA antara Danawa dan PT Trans Hybrid Communicat­ion di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Jakarta, Indonesia, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia