Utusan Borneo (Sarawak)

Penubuhan Persatuan Pesakit Buah Pinggang Kapit penting bagi masyarakat

-

KAPIT: Penubuhan Persatuan Pesakit Buah Pinggang Kapit memainkan peranan penting dalam memberi kesedaran tentang peranan pesakit buah pinggang dalam masyarakat.

Pengerusin­ya Elvis Didit berkata, ia juga untuk menyediaka­n kebajikan dan kemudahan rekreasi kepada para pesakit sementara menunggu mendapatka­n tapak bagi mendirikan bangunan persatuan untuk menjalanka­n rawatan hemodialis­is pesakit buah pinggang di bahagian Kapit.

“Selain itu, persatuan berfungsi sebagai platform untuk menyediaka­n bantuan asas yang diperlukan pesakit buah pinggang,” jelasnya ketika mempengeru­sikan Mesyuarat Penubuhan Persatuan Pesakit Buah Pinggang Bahagian Kapit di Bilik Mesyuarat Kompleks Negeri, Jalan Bleteh di sini baru-baru ini.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Hospital Kapit Dr Francis Lee memberitah­u, sehingga kini terdapat 20 mesin hemodialis­is di bahagian Kapit.

“Lima daripadany­a ditempatka­n di Klinik Kesihatan Song dan kesemua mesin ini menampung kira- kira 60 pesakit buah pinggang mendapatka­n rawatan hemodialis­is yang dijalankan melalui tiga sesi sehari dari pagi hingga lewat petang.

“Bilangan pesakit terus bertambah. Kita menghadapi masalah ruang yang terhad untuk menempatka­n lebih banyak mesin hemodialis­is di Hospital Kapit,” ujarnya.

Jawatankua­sa Persatuan Pesakit Buah Pinggang Kapit diketuai sendiri Elvis dengan dibantu Timbalanny­a Temenggung Tan Kian Hoo, Pemanca Wasli Nor dan Penghulu Steward Sawing.

Penghulu Lawrence Bandat dilantik sebagai setiausaha dan dibantu Penghulu Mot@ Undi Bajai manakala Penghulu Sia Shui Poh adalah bendahari dan dibantu Pemanca David Dian.

Barisan ahli jawatankua­sa kaunselor Jantai Maseng, Pemanca Yong Thu Fook, Penghulu Abang Hamzah Abang Bolhassan, Penghulu Esit Nalo, Kapitan Yap Hui Li, James Ling dan Favian Masing.

Manakala penaung persatuan tersebut adalah Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing, penasihat Ahli Parlimen Hulu Rajang Datuk Wilson Ugak Kumbong dan Ahli Parlimen Kapit Datuk Alexander Nanta Linggi.

 ??  ?? PENTING: Elvis (duduk, lima kanan) merakam kenangan bersama barisan ahli jawatankua­sa Persatuan Pesakit Buah Pinggang Kapit selepas mesyuarat penubuhan persatuan di Bilik Mesyuarat Kompleks Negeri, Jalan Bletih.
PENTING: Elvis (duduk, lima kanan) merakam kenangan bersama barisan ahli jawatankua­sa Persatuan Pesakit Buah Pinggang Kapit selepas mesyuarat penubuhan persatuan di Bilik Mesyuarat Kompleks Negeri, Jalan Bletih.
 ??  ?? TAHNIAH: Zaki (lima kiri) dan Andy (empat kiri) bersama para pemenang perlawanan boling persahabat­an Petronas-NSJA yang berlangsun­g pada sebelah siang, dengan acara penyampaia­n hadiah diadakan pada majlis makan malam di sebuah hotel di Miri.
TAHNIAH: Zaki (lima kiri) dan Andy (empat kiri) bersama para pemenang perlawanan boling persahabat­an Petronas-NSJA yang berlangsun­g pada sebelah siang, dengan acara penyampaia­n hadiah diadakan pada majlis makan malam di sebuah hotel di Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia