Utusan Borneo (Sarawak)

Ilmu pengurusan rumah tangga penting bagi pasangan muda

-

MIRI: Ilmu pengurusan rumah tangga dalam sesebuah keluarga perlu kukuh bagi mengelakka­n berlakunya perceraian terutama melibatkan pasangan muda.

Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Rosey Yunus berkata, banyak kes perceraian berlaku dalam lima tahun pertama pasangan melayari bahtera perkahwina­n.

“Sehubungan itu, kementeria­n kita sedang giat melaksana- kan seminar bagi memantapka­n perkahwina­n kepada pasangan Islam dan bukan Islam di negeri ini,” katanya semasa merasmikan Program Till Jannah Smart Marriage 2018 di sebuah hotel terkemuka di sini.

Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak tambahnya, telah memulakan seminar terbabit secara menyeluruh di Sarawak mulai tahun lepas.

Ahli Dewan Undangan Negeri Bekenu itu mengakui kes perceraian sering berlaku membabitka­n pasangan muda yang tidak mempunyai ilmu pengurusan rumah tangga.

“Amat penting bagi setiap pasangan khususnya yang baharu melayari alam rumah tangga untuk memahami peranan dan tanggungja­wab suami isteri secara menyeluruh,” jelasnya.

Rosey juga berharap peserta yang telah mengikuti program ini sedikit sebanyak dapat membimbing pasangan yang telah berkahwin dalam mencapai rumah tangga bahagia.

Sementara itu, seminar dua hari itu telah disertai kira-kira 50 peserta daripada pelbagai agensi kerajaan dan orang perseorang­an.

Antara topik penting yang didedahkan kepada peserta ialah pengurusan konflik, komunikasi, menghargai pasangan, mengurus emosi dan ego.

 ??  ?? MANTAP: Fatimah (duduk, lapan kiri) bersama yang lain merakam kenangan bersama peserta selepas bengkel berkenaan berakhir kelmarin.
MANTAP: Fatimah (duduk, lapan kiri) bersama yang lain merakam kenangan bersama peserta selepas bengkel berkenaan berakhir kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia