Utusan Borneo (Sarawak)

KV Bintulu telah lahir 89.95 peratus tenaga kerja mahir

-

BINTULU: Sehingga kini Kolej Vokasional (KV) Bintulu telah berjaya melahirkan tenaga kerja mahir untuk pelbagai industri iaitu 89.95 peratus berdasarka­n data kebolehpas­aran graduannya pada 2017.

Pengarahny­a Jamali Muhamad berkata, seramai 39 peratus graduan telah bekerja dan 21 peratus pula menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi bagi yang telah menamatkan pengajian di kolej ini pada 1 September lepas.

Katanya, ini membuktika­n KV Bintulu mampu menyahut seruan bagi membantu Malaysia mencapai status negara mempunyai tenaga kerja yang mampu menyaingi tenaga mahir dari negaranega­ra luar.

“Bagi melahirkan graduan yang cekap, pelajar KV Bintulu telah dilatih dan bakat mereka diasah dengan menyertai pelbagai aktiviti dan pertanding­an contohnya pada 1 hingga 3 Mac lalu, KV Bintulu cemerlang apabila membawa nama Malaysia dalam Pertanding­an Bali Salon Culinaire 2018 di Bali, Indonesia.

“Pelajar kami Cornylius Bundan daripada Program Seni Kulinari telah berjaya memenangi pingat gangsa dalam ‘Hot Cooking’,” ujarnya dalam ucapan alu-aluan Karnival KV Bintulu di de- wan kolej itu semalam.

Selain itu katanya, pelajar ini juga bertanding dalam Pertanding­an KV Skills Peringkat Kebangsaan di Melaka pada 14 dan 15 Oktober.

Katanya, KV Bintulu telah menyertai Betong Innovation Festival 2018 sekali gus mendapat pingat emas bagi Inovasi Sistem Thumb Print dan pingat perak bagi Inovasi Produk Makanan Haiwan Ternakan yang diberi nama HARUKO.

Katanya, KV Bintulu juga cemerlang mengharumk­an nama Sarawak dalam pertanding­an KV Skills 2018 Zon Sarawak yang telah dianjurkan di Sibu pada 15 hingga 17 Ogos apabila pelajar Program Teknologi Automotif Azrul Pabe merangkul johan sekali gus merebut Anugerah Tangan Emas.

“Pelajar ini menjadi wakil bagi negeri Sarawak ke Pertanding­an KV Skills Peringkat Kebangsaan yang sekarang ini sedang berlangsun­g di Negeri Sembilan,” tambahnya.

Beliau berkata, Pertanding­an Link Bintulu Welding Skills yang dianjurkan Projek Link Bintulu dengan kerjasama Shell MDS yang melibatkan empat pusat latihan vokasional iaitu Pusat Latihan Teknologi Tinggi ( ADTEC) Bintulu, IKM (Institut Kemahiran MARA) Bintulu, Projek Link Miri dan Projek Link Bintulu juga diadakan.

“KV Bintulu turut menjalin kolaborati­f dengan sektor-sektor industri sekitar Bintulu bagi memastikan usaha kerajaan memperkasa­kan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)tercapai dengan jayanya dan kerjasama dalam bentuk perjanjian persefaham­an (MoU) telah dimeterai dengan beberapa syarikat besar seperti Shell MDS Malaysia Sdn Bhd, Supernau Motors Trading Sdn Bhd, Hotel Promenade, Ting Band Saw Service, Paling Constructi­on dan banyak lagi,” jelasnya.

Dalam perkembang­an lain katanya, kerjasama dengan Sekolah Kebangsaan (SK) Kidurong 2 juga dilaksanak­an dengan menjadikan sekolah itu sebagai sekolah angkat bagi memberi pendedahan awal kepada pelajar sekolah rendah berkenaan kemahiran dan pendidikan TVET.

Melalui usaha-usaha itu katanya, pihak KV Bintulu juga bercadang membina ruang rehat berbumbung di Blok Teknik untuk tujuan keselesaan pelajar melakukan pelbagai aktiviti untuk mengisi masa sewaktu ketiadaan kuliah serta berharap akan mendapat bantuan daripada wakil rakyat dan pelbagai pihak untuk merealisas­ikan hasrat tersebut.

 ??  ?? BERMANFAAT: Dr Rundi (dua kanan) serta Majang (empat kiri), Jamali (kanan) mendengar penerangan daripada pelajar KV Bintulu mengenai fungsi hasil ciptaan mereka berupa peralatan ‘Goat Counting System (GCS)’ semasa melawat gerai pameran Karnival KV Bintulu semalam.
BERMANFAAT: Dr Rundi (dua kanan) serta Majang (empat kiri), Jamali (kanan) mendengar penerangan daripada pelajar KV Bintulu mengenai fungsi hasil ciptaan mereka berupa peralatan ‘Goat Counting System (GCS)’ semasa melawat gerai pameran Karnival KV Bintulu semalam.
 ??  ?? BERBAKAT: Rosey (duduk, tengah) dan Wilson (duduk, lima kanan) bersama ahli PAWE dan peserta yang mengambil bahagian dalam acara ‘Senior Got Talent’ yang diadakan di pusat berkenaan di Krokop, Miri.
BERBAKAT: Rosey (duduk, tengah) dan Wilson (duduk, lima kanan) bersama ahli PAWE dan peserta yang mengambil bahagian dalam acara ‘Senior Got Talent’ yang diadakan di pusat berkenaan di Krokop, Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia