Utusan Borneo (Sarawak)

Tenaga kerja mahir amat diperlukan di Sarawak Rebut peluang, sedia pelajari kemahiran dapat penuhi keperluan industri, kata Dr Rundi

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Tenaga kerja mahir amat diperlukan di Sarawak yang mengalami tranformas­i pembanguna­n pesat dalam industri berat terutama di Taman Perindustr­ian Samalaju di bawah Koridor Tenaga Diperbahar­ui Sarawak (SCORE).

Menteri Utiliti merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemena Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, kepesatan pembanguna­n industri di negeri ini terutama di Bintulu wajar dibanggaka­n tetapi tidak harus dilihat sahaja sebaliknya penglibata­n komuniti amat penting.

“Tanpa penglibata­n tersebut, pembanguna­n pesat industri itu tidak akan membawa makna bahkan sekiranya tercicir dan gagal komuniti tidak harus menyalahka­n orang lain,” ujarnya ketika berucap merasmikan Karnival Kolej Vokasional (KV) Bintulu di dewan kolej itu semalam.

Justeru katanya, komuniti setempat perlu merebut peluang dan bersedia mempelajar­i pelbagai kemahiran yang dapat memenuhi keperluan tenaga kerja industri tersebut lebih-lebih lagi negeri ini tidak mahu terlalu bergantung kepada tenaga kerja luar.

Beliau mengingatk­an komuniti agar tidak bersikap ambil mudah dengan membiarkan peluang dan kewujudan industri di sini terlepas begitu sahaja namun menghargai institusi kolej vokasional yang ada dalam melahirkan ramai tenaga mahir dan separa mahir untuk memenuhi keperluan itu.

Katanya, lebih 900 pelajar kolej vokasional yang belajar dalam pelbagai kemahiran perlu menggunaka­n

Tanpa penglibata­n tersebut, pembanguna­n pesat industri itu tidak akan membawa makna bahkan sekiranya tercicir dan gagal komuniti tidak harus

lain. ” menyalahka­n orang Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom Menteri Utiliti

kemahiran mereka untuk memajukan diri di samping berkongsi ilmu dengan orang lain memandangk­an modal insan yang berkeupaya­an untuk berinovasi dan meneroka bidang baharu perlu diwujudkan, sekali gus menuntut peningkata­n bilangan graduan dalam bidang teknikal dan vokasional.

“Persepsi negatif orang awam termasuk ibu bapa mengenai program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) berbanding akademik perlu diperjelas­kan supaya mereka lebih memahaminy­a,” jelasnya.

Dr Rundi berkata, Sarawak mahu menjana lebih banyak hasil dan satu antara pendekatan­nya adalah melalui perindustr­ian yang memerlukan kemahiran, kepandaian serta latihan yang sempurna dalam TVET.

“Semasa Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menjadi ketua menteri dan kini Yang di-Pertua Negeri Sarawak, beliau juga telah memikirkan cara untuk memperting­katkan tenaga kerja mahir di negeri ini yang mempunyai 2.7 juta penduduk berbanding mengguna tenaga kerja import,” katanya.

Disebabkan itu katanya, menerusi pendidikan teknikal dan vokasional di kolej vokasional, kita dapat menghasilk­an pelajar lepasan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) yang terdiri daripada 70 peratus tenaga kerja, 20 peratus pelajar yang melanjutka­n pengajian dan 10 peratus tekno usahawan.

Dan bagi pelajar lepasan Kolej Vokasional Bintulu katanya, mereka perlu bijak merebut peluang untuk mendapatka­n pekerjaan yang sesuai dengan kemahiran mereka.

Beliau berharap usaha mempromosi dan memperkena­l TVET melalui Hari Terbuka KV Bintulu bukan sahaja menumpu kepada sekolah-sekolah bandar bahkan kawasan luar bandar memandangk­an bidang kemahiran mempunyai masa depan cerah untuk menampung keperluan pasaran tenaga kerja mahir dalam industri.

Pada majlis yang sama Dr Rundi mengumumka­n peruntukan projek kecil luar bandar (MRP) RM20,000 daripadany­a dan Majang RM10,000 untuk aktiviti Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG) Kolej Vokasional Bintulu.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Samalaju Majang Renggi, Pengarah KV Bintulu Jamali Muhamad, Ketua Unit Pengurusan Sekolah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bintulu Lau Siong Lee, tetamu lainnya, guru-guru, ketua-ketua masyarakat, para pelajar dan ibu bapa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia