Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 15 aktiviti warisan Melayu bakal diadakan Sabtu dan Ahad ini

-

KUCHING: Lebih 15 aktiviti warisan Melayu bakal diadakan pada Sabtu dan Ahad (27 dan 28 Oktober) ini dalam Pesta Warisan Melayu 2018 di pekarangan Kompleks Sukan Satok, Padang SLPAS di sini.

Antara aktivitiny­a ialah Pameran Warisan dan Kebudayaan yang bakal mempamerka­n sejarah kampung warisan, artifakart­ifak terpilih dari muzium serta koleksi gambar-gambar lama.

T u r u t d i a d a k a n persembaha­n bunga silat (jurus), persembaha­n tempur bersenjata serta sukan rakyat yang meliputi aktiviti seperti bergendang atau bermukun, hadrah, tongko, tarian tradisiona­l serta kaki tiga.

Aktiviti-aktiviti ini akan memberi peluang kepada masyarakat setempat serta pelancong untuk mengimbau kembali nolstagia warisan Melayu di bandar raya Kuching.

Ia juga dapat mengembang­kan lagi ketampakan Kampung Heritage di peringkat nasional dan antarabang­sa.

Pesta Warisan Melayu 2018 ( Malay Heritage Festival 2018) merupakan salah satu aktiviti Kampung Heritage di bawah komponen Old Kuching Heritage dan julung kali diadakan di Sarawak.

Acara ini telah dirancang untuk dijadikan sebagai acara tahunan negeri bagi memupuk kesedaran dalam penjagaan warisan di Sarawak.

Old Kuching Heritage adalah salah satu inisiatif Kerajaan Sarawak yang bertujuan menjadikan bandar raya Kuching sebagai bandar raya bersejarah yang bertaraf dunia serta menjadi pemangkin dalam meningkatk­an ekonomi daripada sektor pelanconga­n.

S e l a i n d a r i p a d a pembanguna­n fizikal pemelihara­an dan pengekalan yang berteraska­n Heritage, pelbagai aktiviti berasaskan kebudayaan tempatan telah dirancang dan dilaksanak­an di peringkat Kerajaan Sarawak demi memastikan kelestaria­n sektor pelanconga­n.

Pesta Warisan Melayu 2018 ini akan dilancarka­n oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada 28 Oktober ini jam 7.30 malam di tempat yang sama, iaitu di pekarangan Kompleks Sukan Satok, Padang SLPAS, di sini.

Pesta Warisan Melayu 2018 ini diadakan dengan kerjasama Amanah Khairat Yayasan Melayu Sarawak (AKYBMS), Dewan Bandaraya Kuching Utara ( DBKU), Sarawak Multimedia Authority (SMA), UNIMAS, Jabatan Muzium Sarawak, Lembaga Sungai Sarawak, Sarawak Tourism Board (STB), JKR, Centre of Technical Excellence Sarawak (CENTEX), PDRM, Angkatan Pertahanan Awam, RELA, JKKK Kampung Masjid, Kiwitech, Persatuan Kenu Sarawak serta Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Kampung Heritage adalah salah satu daripada empat komponen dalam Old Kuching Heritage yang merupakan antara inisiatif di bawah strategi ekonomi digital Sarawak bagi tahun 2018-2022.

P e m b a n g u n a n i n i d i r a n c a n g k a n s e r t a ditubuhkan dengan visi menjadikan bandar raya Kuching sebagai sebuah lokasi pelanconga­n warisan dunia serta dapat menarik pelancong sama ada di peringkat domestik, nasional atau antarabang­sa.

Hasrat ini boleh dicapai dengan mewujudkan daya saing bandar raya Kuching sebagai destinasi pelanconga­n berasaskan pemelihara­an dan pengekalan warisan sedia ada.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia