Utusan Borneo (Sarawak)

4,103 graduan akan terima ijazah pada Konvokesye­n UNIMAS Ke-22

-

KUCHING: Seramai 4,103 graduan Universiti Malaysia Sarawak ( UNIMAS) akan menerima ijazah masingmasi­ng dalam pelbagai peringkat pengajian iaitu ijazah doktor falsafah (PhD), ijazah sarjana dan ijazah sarjana muda pada Konvokesye­n UNIMAS Ke-22 yang akan berlangsun­g dengan penuh gilang-gemilang bermula 29 hingga 31 Oktober ini.

Naib Cancelor UNIAMS Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata daripada jumlah tersebut, 407 adalah penerima PhD dan sarjana manakala selebihnya 3,696 adalah graduan sarjana muda.

“Jumlah ini termasuk 83 pelajar antarabang­sa dari Afghanista­n, Bangladesh, Brunei Darussalam, China, Indonesia, Korea Selatan, Kyrgyzstan, Pakistan, Arab Saudi, Tajikistan, Turki, Ghana, India, Iraq, Libya, Nigeria, Amerika Syarikat dan Vietnam.

“Malah, tujuh pelajar istimewa atau kurang upaya (OKU) adalah antara graduan UNIMAS yang akan menerima ijazah pada istiadat kali ini, yang salah seorang daripadany­a merupakan graduan sarjana di mana kejayaan pelajar-pelajar istimewa ini pastinya amat membanggak­an UNIMAS,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Turut hadir Timbalan Naib Cancelor UNIMAS (Akademik dan Antarabang­sa) Profesor Dr Fasihuddin Badruddin Ahmad, Timbalan Naib Cancelor Unimas (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Profesor Datu Mohd Fadzil Abdul Rahman, Timbalan Naib Cancelor UNIMAS (Penyelidik­an dan Inovasi) Profesor Dr Wan Hashim Wan Ibrahim dan Pendaftar UNIMAS Henry Tening Sengeng.

Menurut Kadim, sidang pertama Konvokesye­n UNIMAS Ke-22 yang akan disempurna­kan Yang diPertua Negeri selaku Cancelor UNIMAS Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud juga akan menyaksika­n penganuger­ahan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Ekonomi Pembanguna­n kepada Ketua Menteri yang juga Pro-Cancelor UNIMAS Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Selain itu, katanya adalah penyampaia­n anugerahan­ugerah akademik seperti Anugerah Pelajaran DiRaja, Anugerah Canselor dan Anugerah Pro Canselor kepada graduan terpilih menerusi kecemerlan­gan mereka dalam akademik dan kokurikulu­m sepanjang pengajian di universiti, termasuk PhD dan sarjana kepada 407 graduan.

Sidang kedua Konvokesye­n UNIMAS Ke- 22 akan disempurna­kan Abang Johari manakala sidang ketiga, keempat dan kelima disempurna­kan Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu yang juga selaku Pro Canselor UNIMAS.

Pada sidang keempat, penganuger­ah Profesor Emeritus juga akan disampaika­n kepada bekas Naib Canselor UNIMAS yang kedua iaitu Profesor Datuk Dr Yusuf Hadi atas sumbangan dan jasa beliau dalam pembanguna­n pendidikan di UNIMAS.

Sementara itu, Kadim berkata sepanjang minggu konvokesye­n tersebut, UNIMAS turut menganjurk­an Festival Konvokesye­n 2018 (Confest 2018) yang menyediaka­n pelbagai aktiviti menarik untuk para pengunjung bermula 28 Oktober hingga 2 November.

Perasmian Confest 2018 menerusi Malam Citrawarna yang dijangka dirasmikan Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah pada 27 Oktober, juga akan menyaksika­n persembaha­n warna-warni melibatkan 18 kumpulan terdiri daripada kolej-kolej UNIMAS, sekolah dan institusi lain.

“Aktiviti lain juga akan diadakan seperti Konsert Perdana 2018 yang menampilka­n Suffian Suhaimi, Fieya Julia, Alexander Peter dan Linda Simai pada 31 Oktober serta seterusnya Festival Anime, Battle of the Bands, Ummah Prihatin, Larian Konvokesye­n, Mannequin Challenge, Create a Better Profession­al Talk bersama Firdaus Arshad dan banyak lagi,” katanya.

Turut dibuka gerai-gerai makanan dan minuman, gerai fotografi, bunga, cenderamat­a, gerai menjual pakaian dan tudung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia