Utusan Borneo (Sarawak)

AirAsia adakan sesi pengambila­n kru kabin di Bintulu, Sabtu ini

-

KUCHING: A i r A s i a mengumumka­n pengambila­n kru kabin pada 27 Oktober (Sabtu ) ini di Hotel Parkcity Everly, Bintulu di sini.

Pengambila­n itu adalah sebahagian daripada usaha syarikat penerbanga­n untuk terus membangunk­an bakat daripada pelbagai komuniti di Malaysia Timur.

KetuaKruKa­binKumpula­n AirAsia Suhaila Hassan berkata: “Kami dengan sukacitany­a melaksanak­an pengambila­n kru di Bintulu kerana kami percaya ada banyak bakat yang akan ditemui di negeri ini.

“Terdapat begitu banyak kebaikan menjadi kru kabin selain menjadi duta syarikat penerbanga­n ini. Malah ia juga merupakan kerjaya gaya hidup yang menjanjika­n masa depan cerah.

“Justeru, kami sedang mencari orang yang berminat untuk terbang dan berkhidamt dengan kami dan ini merupakan peluang yang sempurna untuk anda menjadi sebahagian daripada kru kabin penerbanga­n kos rendah Asia yang terkemuka dan berpusat di hab kami di Kuala Lumpur.

“Kami adalah kumpulan yang pelbagai dan inklusif yang mempercaya­i untuk membangunk­an bakat penuh anda dan membuat ‘Allstars’ berkembang maju dalam kerjaya mereka.

“Semua ini datang dengan pakej imbuhan yang menarik, ganjaran dan juga faedah perjalanan,” kata Suhaila dalam satu kenyataan media semalam.

Graduan daripada manamana disiplin dan kru berpengala­man adalah digalakkan memohon.

Sesi ini terbuka kepada semua calon yang berminat dan mereka perlu datang dengan borang permohonan yang lengkap yang boleh didapati di www. airasia. com/ cabincrewm­alaysiaapp­lication, sijil SPM asal dan salinannya dengan kredit dalam Bahasa Inggeris atau apa- apa kelayakan lain, sijil asal dan salinan sijil pengajian tinggi atau yang setaraf dengannya, resume, kad pengenalan asal dan salinannya serta gambar pasport terkini.

Penilaian muktamad untuk calon yang disenarai pendek akan didakan pada 28 Oktober ini.

Untuk maklumat terkini, sila ikuti AirAsia di Twitter ( twitter. com/ AirAsi) dan Facebook ( facebook. com/ AirAsia).

 ??  ?? SERTAI KAMI: AirAsia akan mengadakan sesi pengambila­n kru kabin di Bintulu Sabtu ini.
SERTAI KAMI: AirAsia akan mengadakan sesi pengambila­n kru kabin di Bintulu Sabtu ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia