Utusan Borneo (Sarawak)

Najib, Irwan Serigar dan Hasanah didakwa berhubung kes pecah amanah

-

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaha­raan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah akan didakwa hari ini berhubung beberapa kes pecah amanah melibatkan wang milik kerajaan Malaysia.

Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) dalam satu kenyataan semalam memaklumka­n mereka telah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara bagi menuduh Najib dan Mohd Irwan Serigar Abdullah di mahkamah hari ini.

Mereka akan hadir ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini untuk pertuduhan tersebut.

SPRM berkata Najib dan Mohd Irwan Siregar semalam dipanggil ke di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya bagi melengkapk­an proses akhir siasatan dan pendakwaan tersebut.

Najib yang tiba jam 1.53 petang semalam, meninggalk­an SPRM jam 5.01 petang selepas memberi keterangan.

Sumber SPRM pula berkata Mohd Irwan Serigar, yang tiba kira-kira jam 3.25 petang, ditahan ketika hadir memberi keterangan.

SPRM dalam kenyataan sama turut memaklumka­n telah mendapat izin mendakwa bekas Ketua Pengarah, Bahagian Penyelidik­an, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Hasanah Ab Hamid berhubung isu pecah amanah melibatkan wang milik kerajaan Malaysia.

Hasanah akan menghadapi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur juga hari ini.

Najib, Mohd Irwan dan Hasanah didakwa di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? Mohd Irwan tiba di Ibu Pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah (SPRM), Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama Mohd Irwan tiba di Ibu Pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah (SPRM), Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia