Utusan Borneo (Sarawak)

Kempunan cincin tunang akibat ditipu peniaga dalam talian

-

KUANTAN: Tindakan seorang kerani wanita membuat tempahan cincin pertunanga­n menerusi panggilan telefon membawa padah apabila barang kemas itu tidak diterimany­a.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa yang berusia 22 tahun mendakwa berurusan dengan suspek wanita bernama Meena pada 5 Jun lepas.

Mangsa yang bekerja di sebuah tempat keagamaan mendakwa memperoleh nombor telefon suspek menerusi iklan di laman sosial Facebook.

“Mangsa bersetuju menempah dua bentuk cincin emas untuk majlis pertunanga­nnya yang dijadualka­n pada 15 September lalu dan telah membuat bayaran pendahulua­n sebanyak RM380.

“Mangsa juga membuat bayaran penuh sebanyak RM3,370 pada 11 Jun lepas dan dimaklumka­n barang ke- mas itu akan dihantar melalui pos sekitar Julai.

“Bagaimanap­un, mangsa tidak menerima barangan itu dan suspek memberikan pelbagai alasan apabila ditanya sebelum didakwa bersetuju memulangka­n wang kerana gagal menyiapkan cincin itu,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Mohd Wazir menambah suspek berjanji untuk memulangka­n wang pada September, namun pada 16 Oktober lalu dia menghantar pesanan WhatsApp kepada mangsa berserta resit yang dikatakan bukti penghantar­an cincin berkenaan.

Sehubungan itu, mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran dekat sini, kelmarin dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia