Utusan Borneo (Sarawak)

Mangsa tidak tunjuk perubahan pelik

-

IPOH: Lans koperal polis yang ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala di sini pagi semalam tidak menunjukka­n sebarang perubahan sikap dan berbual seperti biasa di telefon dengan ibunya kelmarin, demikian menurut ibu saudaranya.

Wanita yang enggan dikenali tersebut berkata, mendiang yang merupakan anak kedua daripada lima beradik sempat berpesan kepada ibunya agar tidak bimbang tentang keadaan dirinya.

“Semasa berbual dengan ibunya semalam (kelmarin), mangsa berkata, dia dalam keadaan okay sahaja. Sebelum ini apabila dia (mangsa) ada masalah, dia akan berkongsi dengan keluargany­a.

“Dia sering menghubung­i ibunya setiap dua hari sekali untuk bertanya khabar dan berkongsi cerita apa sahaja dan pulang ke Kajang, Selangor serta rumah neneknya di Ampang setiap bulan,” katanya ketika ditemui pemberita di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini semalam.

Menurutnya mendiang juga tidak mempunyai perancanga­n untuk berkahwin kerana mahu memberi tumpuan terhadap kerjayanya sebagai anggota polis.

Katanya, mendiang yang berusia 29 tahun memang bercita-cita untuk menjadi anggota polis sejak kecil kerana inspirasi daripada mendiang datuknya yang merupakan bekas anggota Tentera Laut Diraja Malaysia.

Wanita itu berkata, mayat mendiang akan dibawa pulang ke Kajang untuk disemadika­n.

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Razarudin Husain@ Abd Rasid berkata, mayat anggota polis itu ditemui di bahagian belakang kuarters Balai Polis Pekan Baru kirakira jam 6.15 pagi.

Katanya, siasatan lanjut mengenai insiden itu sedang dijalankan dengan mengambil kira pelbagai aspek.

“Punca sebenar kematian belum diketahui, kita masih menyiasat. Terdapat satu kesan tembakan yang menembusi kiri kanan kepala mangsa,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian pagi semalam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia