Utusan Borneo (Sarawak)

Jumlah kutipan bayaran balik PTPTN RM817.56 juta

-

KUALA LUMPUR: Jumlah kutipan bayaran balik pembiayaan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang diterima adalah sebanyak RM817.56 juta bagi tempoh Jun hingga September lalu berbanding RM1,324.43 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas.

TimbalanMe­nteriPendi­dikan Teo Nie Ching berkata, jumlah tersebut diperoleh selepas proses mengeluark­an 429,945 orang peminjam PTPTN daripada senarai hitam yang dilakukan secara berperingk­at mulai 24 Mei lepas dan selesai sepenuhnya pada 8 Jun lalu.

“Bagi memastikan bayaran balik yang berterusan diterima daripada peminjam, tindakan penyenarai­an dan pengemaski­nian rekod bayaran peminjam dalam rekod kredit Bank Negara iaitu Central Credit Reference Informatio­n System (CCRIS) masih dilaksanak­an.

“Selain daripada itu, tindakan perundanga­n (saman) juga boleh diambil ke atas peminjam yang ingkar membuat bayaran,” katanya pada sesi soal jawab lisan pada persidanga­n Dewan Rakyat semalam.

Beliau menjawab soalan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) yang ingin tahu jumlah kutipan bayaran balik PTPTN yang diterima selepas tindakan senarai hitam dihapuskan dan usaha yang akan dilaksanak­an bagi memastikan sasaran jumlah bayaran balik dapat dicapai.

Teo berkata, kajian holistik mengenai dasar baharu pinjaman PTPTN telah selesai dilaksanak­an pada 26 Sept lalu dan setakat ini masih menunggu ulasan daripada beberapa agensi kerajaan yang terlibat sebelum dibentangk­an kepada jemaah menteri. — Bernama KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sipitang Yamani Hafez Musa diingatkan agar tampil mengangkat sumpah jawatan sebagai anggota Dewan Rakyat sebelum hilang kelayakan.

Yang di- Pertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof berkata isu

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia