Utusan Borneo (Sarawak)

Ibu hanya berpendapa­tan RM850, bapa pula terpaksa berhenti kerja

-

YAN: Seorang bayi lelaki berusia enam bulan bukan sahaja menghidap penyakit Sindrom Down malah mempunyai masalah jantung dan terdapat selaput katarak pada kedua-dua belah mata serta dilahirkan tanpa lubang dubur.

Itulah penderitaa­n dialami Muhammad Rezfan Mohd Fazli iaitu anak bongsu daripada empat beradik kepada pasangan Zuraidah Azlinda Mehad, 34, dan Mohd Fazli Muhammad Redzuan, 34, dari Kampung Pulau Mas, Simpang Tiga, Sungai Daun dekat sini.

Zuraidah berkata anaknya itu juga tidak seperti kanakkanak lain apabila mempunyai usus di luar perut (stoma) hasil pembedahan yang dilakukan sejak berusia dua hari bagi membolehka­n dia membuang air besar.

“Saya cukup sedih melihat keadaan Muhammad Rezfan kerana dia tidak mempunyai lubang dubur dan menderita saluran utama jantungnya sempit dan jantung berlubang di tengah, injap jantung turut menerima darah tidak beroksigen dan jantungnya lebih ke kanan,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya.

Zuraidah berkata, pada masa ini dia dan suami perlu memberikan tumpuan khusus bagi mengelak sebarang komplikasi atau serangan jantung sebelum pembedahan jantung dilakukan apabila berat badannya meningkat kepada 10 kilogram nanti.

“Buat masa ini, sebarang pembedahan jantung tidak boleh dilakukan hingga berat badannya naik kepada 10 kilogram dan untuk masalah katarak mata ia akan dilakukan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) bulan depan yang tentunya memerlukan kos yang tinggi,” katanya.

Sehubungan itu, dia kini rungsing memikirkan keadaan anaknya itu kerana pendapatan­nya sebagai guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain

Saya cukup sedih melihat keadaan Muhammad Rezfan kerana dia tidak mempunyai lubang dubur dan menderita saluran utama jantungnya sempit dan jantung berlubang di tengah, injap jantung turut menerima darah tidak beroksigen dan jantungnya lebih ke kanan. ” Zuraidah Azlinda Mehad Ibu

(KAFA) sebanyak RM850 sebulan hanya cukup untuk membeli susu khas, tiub makan dan lampin pakai buang Muhammad Rezfan yang boleh mencecah RM800 sebulan.

“Ini tidak termasuk perbelanja­an dua anak yang masih bersekolah berusia 12 dan enam tahun. Kehidupan kami terasa begitu terhimpit dan tertekan kerana suami terpaksa berhenti kerja untuk memberikan tumpuan kepada dia, sehinggala­h kami buat keputusan tinggal di rumah orang tua buat masa ini bagi meringanka­n beban,” katanya.

Sementara itu, Mohd Fazli berkata dia sering berulangal­ik dari Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar menjaga isterinya yang kerap dimasukkan ke wad akibat masalah radang hati serta pendarahan sebelum melahirkan Muhammad Rezfan.

“Apabila Muhammad Rez- fan dilahirkan, kami dimaklumka­n dia juga menghadapi pelbagai penyakit jantung dan masalah lain hingga saya terpaksa berulang- alik ke hospital hampir setiap minggu dan berhenti kerja.

“Kami perlu ada untuk beri makan susu melalui tiub, cuci usus luarnya itu dan memastikan dia tidak terkejut dan terkena serangan jantung, isteri saya pula tidak boleh memandu kereta untuk membawa anak ke hospital jika berlaku sesuatu kejadian tidak diingini,” katanya.

Mohd Fazli yang sebelum ini bekerja sebagai pengawal keselamata­n itu berkata dia dan isteri sangat mengharapk­an ada pihak sudi tampil membantu meringanka­n beban mereka sekeluarga dalam memenuhi keperluan Muhammad Rezfan.

Orang ramai yang ingin membantubo­lehmenghub­ungi Mohd Fazli di nombor 0146781582 / 016-9082423 atau salurkan bantuan menerusi nombor akaun BSN Zuraidah ( 0213829000­035611). — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERLU BANTUAN: Zuraidah (kiri) meletakkan ubat pada usus Muhammad Rezfan yang ditebuk di bahagian perut ekoran tiada lubang dubur ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pulau Mas, Simpang Tiga, Sungai Daun semalam.
— Gambar Bernama PERLU BANTUAN: Zuraidah (kiri) meletakkan ubat pada usus Muhammad Rezfan yang ditebuk di bahagian perut ekoran tiada lubang dubur ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pulau Mas, Simpang Tiga, Sungai Daun semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia