Utusan Borneo (Sarawak)

Kira-kira 200 penduduk Taman Seri Rotan rayu SADA pulihkan bekalan air

-

ALOR SETAR: Kira-kira 200 penduduk di Taman Seri Rotan, Kubang Rotan di sini merayu Syarikat Air Darulaman (SADA) menyelesai­kan masalah gangguan bekalan air yang sudah berlarutan sejak dua tahun lepas di kawasan taman perumahan itu.

Menurut penduduk gangguan bekalan air yang berlaku setiap hari pada waktu tertentu itu menyebabka­n rutin harian tergendala dan menjejaska­n kehidupan seharian mereka.

Seorang penduduk Rafidah Mat Noor, 33, berkata gangguan air sering terjadi bermula jam 6 pagi hingga 12 tengah malam menyebabka­n dia terpaksa berjaga malam bagi menyimpan air untuk kegunaan pada keesokan harinya.

“Lebih teruk, ada penduduk yang terpaksa keluar dan menyewa di kawasan lain kerana tidak tahan lagi dengan masalah yang dihadapi, malah kami sekeluarga pun akan membawa pakaian ke rumah orang tua yang tinggal berhampira­n untuk dicuci setiap minggu dan air yang ditadah di rumah (hanya) cukup untuk memasak, mencuci pinggan mangkuk dan mandi,” katanya ketika ditemui pemberita.

Rafidah yang juga seorang guru sekolah, berkata walaupun masalah gangguan bekalan air itu sering diajukan kepada pihak SADA, sehingga kini belum diselesaik­an.

Bagi Che Ahmad Abdullah, 45, dia terpaksa menggunaka­n pam air bertekanan tinggi untuk memastikan bekalan air sampai ke rumahnya namun langkah itu tidak membantu kerana tekanan air bagi keseluruha­n taman adalah rendah.

“Hampir semua penduduk di sini menggunaka­n pam air untuk menyedut air, namun ia tidak membantu dan ada juga penduduk membelanja­kan ribuan ringgit untuk membeli tangki khas menyimpan dan menyedut air bagi memastikan bekalan ada untuk kegunaan sendiri,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Perhubunga­n Awam SADA Ahmad Hakimi Abu Bakar berkata bekalan air ke kawasan Taman Seri Rotan dibekalkan menerusi Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Pinang.

Katanya, sebagai langkah awal pihaknya melaksanak­an kerja-kerja membebaska­n angin dalam sistem perpaipan di kawasan itu bagi meningkatk­an tekanan air selain melakukan pemeriksaa­n dari semasa ke semasa.

“Langkah jangka pendek kita ialah dengan melakukan proses agihan semula (dengan sumber yang terhad) bagi menstabilk­an kembali tekanan di kawasan sekitar dan jika masalah masih berlarutan, lori-lori tangki akan digerakkan ke kawasan yang terjejas.

“Langkah jangka panjang ialah dengan projek menaik taraf LRA Pelubang, Jitra yang dapat menyelesai­kan masalah air di kawasan Kubang Rotan dan beberapa lagi kawasan di sekitar daerah Kota Setar dan Kubang Pasu,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TIADA AIR: Ahmad menunjukka­n aliran air paip yang kecil berikutan masalah gangguan bekalan air di taman perumahan Sri Rotan semalam.
— Gambar Bernama TIADA AIR: Ahmad menunjukka­n aliran air paip yang kecil berikutan masalah gangguan bekalan air di taman perumahan Sri Rotan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia