Utusan Borneo (Sarawak)

Pendapatan Kelantan cukup untuk bayar gaji penjawat awamnya: MB

-

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan mempunyai pendapatan yang mencukupi untuk membayar gaji penjawat awam negeri, kata Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob.

Katanya, gaji penjawat awam Kelantan dibayar menggunaka­n pendapatan yang diterima daripada hasil tanah dan kayu- kayan negeri yang melebihi RM300 juta.

“Kerajaan negeri memohon untuk mendapatka­n pendahulua­n kerajaan (persekutua­n) (kerana) bimbang di akhir tahun kita tak memenuhi komitmen kita dalam perkara pemberian seperti kebajikan dan sebagainya dan ia (permohonan pendahulu- an) mempunyai sandaran (jaminan).

“Contohnya (bayaran) premium tanah terhadap Institut Pendidikan Guru Pengkalan Chepa sebanyak RM113 juta, premium tanah terhadap Felda (RM1.4 juta), itu kerajaan persekutua­n kena bayar (kepada Kelantan),” katanya ketika ditemui pemberita selepas mempengeru­sikan mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Kompleks Kota Darul Naim, di sini semalam.

Beliau menjawab dakwaan Menteri Kewangan Lim Guan Eng bahawa kerajaan Kelantan tidak mampu membayar gaji penjawat awam negeri dan menerima geran daripada kerajaan persekutua­n untuk tujuan berkenaan.

Lim dilaporkan membuat kenyataan itu pada Isnin ketika mempertika­ikan kemampuan kerajaan Kelantan dan beberapa negeri lain untuk mengambil alih projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) daripada kerajaan pusat.

Sementara itu, Ahmad berkata, kerajaan Kelantan tidak bercadang mengambil alih projek ECRL sebaliknya hanya pernah menyatakan persetujua­n untuk memberi kerjasama kepada kerajaan persekutua­n dari segi pengambila­n tanah.

“Tak timbul (isu) kerajaan Kelantan dan Terengganu untuk usaha sendiri (projek ECRL), tak ada…,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia