Utusan Borneo (Sarawak)

Sertai Klinik Juara Futsal Milo 2018, Sabtu ini

-

MIRI: Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dipelawa menyertai Klinik Juara Futsal Milo 2018 yang akan berlangsun­g 27 Oktober (Sabtu) ini di King Sport Centre Miri.

Jurulatihn­ya Elizabeth Oyau berkata penganjura­n kali ini sebagai tanda memperinga­ti mendiang anaknya, Elfhy Leonald Panai yang juga aktif menyertai klinik berkenaan.

“Kami menyasarka­n penyertaan seramai 50 kanakkanak terutama murid St Joseph dan semua kemudahan serta baju pemain diberi secara percuma,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Menurutnya, program itu adalah kesinambun­gan program tahun lalu yang juga mendapat sambutan menggalakk­an.

Kanak-kanak berusia tujuh hingga 11 tahun ini yang menyertai klinik itu akan diberi pendedahan dan teknik betul bermain futsal termasuk kawalan bola, strategi dan sebagainya.

Elizabeth menarik perhatian bahawa pemainan futsal secara asasnya amat berbeza dengan perlawanan 11 pemain iaitu memerlukan pergerakan pantas dan stamina tinggi.

“Kita percaya jika kanakkanak ini dibentuk pada usia muda, mereka akan berpengala­man dan mampu menjadi pemain futsal profesiona­l kelak,” katanya.

Sehubungan itu ujarnya, objektif Milo dalam menganjurk­an program sukan pada usia muda ini mencapai matlamatny­a dan ia perlu diteruskan pada tahun-tahun akan datang.

“Menerusi sokongan berterusan Milo, tidak mustahil kita boleh mengasah atau melahirkan lebih ramai pemain futsal berbakat khasnya di kalangan kanak-kanak,” ujarnya.

Klinik itu turut dikendalik­an seorang lagi jurulatih yang berpengala­man mengendali­kan klinik berkenaan iaitu Fadilah Ibrahim.

Ia adalah anjuran bersama Persatuan Bola Sepak Bahagian Miri dan Permy Galaxy FC yang ditaja oleh pihak Milo.

Sebarang keterangan lanjut mereka yang berminat boleh menghubung­i Elizabeth (0128982201 atau Fadilah (0138137598).

 ??  ?? BOLA KERANJANG: Daniel (berdiri tujuh kiri) menyampaik­an hadiah kepada ketua pasukan Panther.
BOLA KERANJANG: Daniel (berdiri tujuh kiri) menyampaik­an hadiah kepada ketua pasukan Panther.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia