Utusan Borneo (Sarawak)

Pasukan MAW Bowlers ungguli Liga Boling

-

KUCHING: Pasukan MAW Bowlers melebarkan penguasaan dalam Liga Berempat 185 & Ke bawah Megalanes Adventure World susulan kemenangan 11- 9 ke atas Lucky dalam perlawanan baru-baru ini.

Mengekori rapat di kedudukan kedua dan ketiga pasukan Huruhara Bowlers dan Lone Rangers.

Terdahulu, Huruhara Bowlers menjinakka­n FS Last Menet dengan 13-7 berbanding Lone Rangers yang cemerlang dengan mengatasi Putra J Bowlers 15.5-4.5.

Charrott Charrott 8 yang menduduki tangga keempat turut meraih kemenangan besar 15-5 menewaskan RVS.

Lucky, FS Last Menet, Putra J Bowlers dan RVS masing-masing menghuni tangga kelima hingga kelapan.

Dalam pada itu, pemain MAW Bowlers Lim Cho Kwang mendominas­i perebutan ‘Individual High Game’ selepas menampil aksi cemerlang ke atas Lucky.

Beliau bagaimanap­un diekori rapat Datin Rakiah Ali yang mewakili Lucky dalam kategori tersebut.

Dalam kategori ‘Individual High Series’ Datin Rakiah Ali mendahului peserta lain sambil dicabar pemain Huruhara Bowlers, Fairaizulh­isham di tempat kedua.

Datin Rakiah juga dalam senarai calon untuk memenangi ‘Best Ladies Award’.

MAW Bowlers turut mengunggul­i kategori Team High Game yang turut menyaksika­n Charrott Charrott 8 di tempat kedua. Bagaimanap­un, Lone Rangers dan MAW Bowlers masih sukar digugat pasukan lain dalam perebutan kategori ‘Team High Series’ sejak liga itu bermula.

 ??  ?? UNGGUL: Pemain MAW Bowlers (dari kiri) Eugene Lai, Awang Ismadi, Lim Cho Kwang dan Siti Hajjar yag mendominas­i carta liga dengan skor 8.89.
UNGGUL: Pemain MAW Bowlers (dari kiri) Eugene Lai, Awang Ismadi, Lim Cho Kwang dan Siti Hajjar yag mendominas­i carta liga dengan skor 8.89.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia