Utusan Borneo (Sarawak)

‘An Exclusive Media Reveal’ satu lokasi dengan tiga sidang media

-

SATU lokasi, tiga sidang media, lapan jam berturuttu­rut, dihadiri lebih 100 rakan media dan lebih 150 selebriti, serta 120 ribu tontonan digital, ‘An Exclusive Media Reveal’ anjuran Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad menganjurk­an telah berlangsun­g dengan jayanya di The Internatio­nal Gallery At Alya, Bukit Kiara, Kuala Lumpur, pada Rabu.

Ini merupakan julung kalinya Media Prima menganjurk­an sebuah acara yang menggabung­kan tiga program popular, Mentor 7, Muzik Muzik Separuh Akhir 33, dan Anugerah Skrin 2018 dalam sebuah sidang media besar.

Acara tersebut bukan sahaja meriah dengan kehadiran penuh selebriti popular tempatan, malah mendapat maklum balas positif daripada rakanrakan media dan artis kerana memudahkan pengurusan masa mereka. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Johan Ishak, “Menghampir­i musim hujung tahun, adalah menjadi kebiasaan TV3 untuk menyajikan pelbagai program hiburan menarik untuk tontonan umum.

“Oleh itu, pada tahun ini, julung kalinya kami menggabung­kan kemeriahan tiga program hiburan terbesar kami, iaitu Anugerah Skrin 2018, Mentor 7, dan Muzik Muzik Separuh Akhir 33 dalam satu acara ‘Media Reveal’ yang besar untuk meraikan kelahiran bakat-bakat baharu, meraikan kejayaan serta menghargai sumbangan anak-anak seni baik dalam industri muzik dan bukan muzik.

“Program Mentor merupakan sebuah platform untuk mencungkil bakat bakat nyanyian baru kelahiran kami, manakala Muzik Muzik merupakan satu-satunya laluan untuk penyanyi-penyanyi terkenal Malaysia mengorak langkah mencipta kejayaan ke Anugerah Juara Lagu.

“Tidak lupa kepada karyawan seni kreatif yang lain, acara Anugerah Skrin yang berprestij pula memartabat­kan perjuangan anak-anak seni dalam industri penyiaran dan lakonan. Cara ini sahaja yang dapat kami membalas jasa mereka semua, di samping menyajikan program-program hiburan terhebat untuk peminatpem­inat setia TV3.”

Beliau juga tidak lupa untuk mengucapka­n terima kasih kepada rakan-rakan media yang tidak putus-putus memberi sokongan kepada semua acara yang dianjurkan oleh mereka.

“Oleh itu, kami berharap rakan-rakan media yang hadir selesa dengan pelbagai kemudahan yang kami sediakan dan semoga kita dapat bekerjasam­a lagi,” ujar Johan lagi.

 ??  ?? JOHAN ISHAK KEMBALI LAGI: Warga Mentor 7 bergambar bersama-sama di sidang media ‘An Exclusive Reveal’ berkenaan.
JOHAN ISHAK KEMBALI LAGI: Warga Mentor 7 bergambar bersama-sama di sidang media ‘An Exclusive Reveal’ berkenaan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia