Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita Jepun tuntut universiti perubatan bayar ganti rugi untuk diskrimina­si

-

TOKYO: Sekumpulan wanita menuntut ganti rugi daripada sebuah universiti perubatan di Jepun yang mengakui secara rutin mengubah skor yang diperolehi pemohon wanita untuk menghalang mereka daripada memasukiny­a, kata peguam semalam.

Lebih 20 bekas pemohon menuntut agar Universiti Perubatan Tokyo membuat tebusan bagi skandal itu, yang membawa kepada penemuan diskrimina­si yang sama di universiti perubatan lain selepas ia mendorong siasatan kerajaan.

Peguam bagi wanita terbabit, yang ditolak oleh universiti berkenaan selepas mereka menduduki peperiksaa­n kemasukan di universiti itu dari tahun 2006 seterusnya, dijangka mengemukak­an tuntutan kepada universiti itu pada minggu depan.

Mereka mengakui mereka belum lagi dapat membuktika­n sama ada mereka ditolak kerana diskrimina­si atau skor ujian yang tidak mencukupi, tetapi meminta universiti untuk mendedahka­n keputusan mereka.

Mereka juga meminta 100,000 yen (RM3,560) setiap seorang sebagai ganti rugi bagi “kesengsara­an mental” dan bagi universiti untuk membayar balik wang yang mereka bayar untuk menduduki peperiksaa­n kemasukan, berjalan ke universiti dan tinggal di kawasan sekitar sewaktu proses permohonan.

Wanita dalam kumpulan terbabit termasuk seorang doktor, pelajar yang kini berdaftar di universiti perubatan lain dan wanita yang telah mengambil pekerjaan dalam bidang lain.

Universiti berkenaan mengakui proses mengubah skor ujian pemohon wanita bermula pada 2006.

Satu siasatan bebas menyebut kelmarin bahawa universiti terbabit telah membatalka­n kelayakan kira-kira sesuku pemohon wanita yang sepatutnya diberi tempat berdasarka­n skor ujian asal mereka yang tidak diubah pada 2017 dan 2018.

Universiti itu dilaporkan cuba merendahka­n peratusan pelajar wanita sebahagian­nya disebabkan oleh kepercayaa­n bahawa wanita akan meninggalk­an profesion itu sejurus selepas graduasi apabila mereka berkahwin dan mendirikan rumah tangga.

Skandal itu mencetuska­n kemarahan di Jepun dan di luar negara dan mendorong siasatan oleh kementeria­n pendidikan, selain siasatan bebas. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia